About Me

Monday, December 2, 2013

Semasa Hujan Tidak Berhenti

Mungkin sudah hampir seminggu, hujan tidak juga mahu berhenti. Bukan di sini sahaja, malah di seluruh tempat di dalam negara subur dan makmur ini. Tidak terkecuali di kesemua negara-negara seantore ini.

Air tak berhenti-henti mencurah. Menghempap atap merah, daun pisang, jalan tar dan apa sahaja yang tidak terlindung oleh sesuatu yang menutup. Apa sahaja yang dihempap pasti menghasilkan pelbagai jenis irama musik dengan nada yang seragam dan berulang-ulang. Hari basah sememangnya hari yang bising. Lebih bising daripada jalan raya yang sesak.

Tanpa hangatnya Sang Suriani, semuanya nampak kelam dan berbau asam. Semua yang basah terutamanya pakaian yang perlu dibasuh sehari-hari menjadi masam. Tuala juga bertukar hapak selang 2,3 hari sahaja. Bantal juga menjadi bertambah tambah kusam warnanya.Kalau tidak dipakaikan sarung yang baru, pasti bantal2 semuanya tidak diguna menjadi alas kepala pada hari-hari busuk seperti sekarang. Tidak menyelerakan mata, hidung dan tentunya tekak.

* * * * * * * * * * * * *
Dibeberapa tempat telah dilaporkan air sudah menenggelamkan tempat tinggal mereka.
Kalau dahulu, keluarga kami juga jadi gusar dan tidak senang duduk bila hujan tidak juga mahu berhenti.

Bila air Sungai Isap melimpah, longkang besar didepan rumah pertama sekali senak dengan air berwarna lumpur. Bila hujan masih juga terus turun, longkang akhirnya memuntahkan segala yang terlebih ke kawasan laman dan seterusnya ke dalam rumah. Memenuhi setiap penjuru lantai yang rendah.

* * * * * * * * * * * * * *
Waktu semasa itu. Saya masih lagi bergelar seorang pelajar tanpa ijazah.
Mungkin tidak naif sepenuhnya, tapi lebih dungu daripada sekarang.
Atau sama sahaja dungunya seperti sekarang.

Oh, hujan!
Sememangnya ini musimnya kau menjadi degil dan terus terusan membasahkan dan menenggelamkan
daerah ini.

* * * * * * * * * * * * * *
Kalaulah aku boleh meminjam Sang Suriani pada waktu ini untuk disimpan didalam kamar kecilku.
Agar aku tidak terus hanyut bersama-sama air bah yang menelan kawasan2 rendah.

Sunday, October 27, 2013

1 Jam Cerita

1 jam berbicara di telefon sebenarnya tidaklah terlalu lama.
Perbicaraan kami boleh sahaja dipanjangkan menjadi 2,5 hingga 12 jam lamanya.
Kalau tidak kerana takut bil telefon saya mecanak-canak naik sehingga ke puncak Genting Highland ataupun Cameron Highland, sudah pasti saya mengutarakan isu baru pula.

Lokasi dimana saya akan berdiri lama dan berbicara seorang diri
dengan telefon ditelinga tidaklah menentu.
Kalau dahulu, kebiasaannya di atas katil bersama bantal dan selimut.
Tapi sekarang, saya lebih gemar dihujung koridor tingkat satu sambil melihat pemandangan hijau rumput, rimbun semak dan lalang, tanah merah tebing yang ditarah dan tempat letak kereta.
Pemandangan yang pada awalnya agak menyenangkan tiba2 bertukar makin memeningkan, seolah2 berputar-putar apabila perbicaraan kami semakin rancak.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Perlukah saya memperkenalkan siapakah gerangan yang menadah telinga di hujung talian?
Tak penting pada pengiraan saya. Saya suka untuk membiarkan ia menjadi satu teka teki.
Biarlah saya menamakan dia sebagai Dewi Lisani.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Kehidupan yang singkat telah mentakdirkan pertemuan diantara saya dan Dewi Lisani sejak belasan tahun yang dahulu. Sememangnya takdir tidak meletakkan kami berdua ditempat yang sama, dengan orang-orang yang sama untuk merasa kegembiraan dan kepahitan yang sama.

Namun, asalnya manusia itu kan semuanya sama.Tanah.
Begitu juga harapan, impian dan cita-cita seorang manusia itu untuk sebuah kehidupan.
Punya banyak wang, harta, kuasa dan segalanya yang manis.
Kekasih hati yang menawan dan budiman.

Begitu juga kami, saya dan Dewi Lisani.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Titian ke alam kedewasaan lebih banyak memberikan kekesalan, kesedihan, rungutan, kegusaran daripada kejayaan, kemewahan dan kekuasaan.

Apa lagi yang tinggal buat kami melainkan harapan dan teman berkongsi cerita di talian.

Siapa lagi yang boleh memberikan pengertian dan pemahaman yang lebih baik mengenai kehidupan melainkan 2 teman lama bercerita 1 jam di talian.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * ** * * * * * * * * * * * *
Harapan. Kekuatan. Tidak putus asa.

Wednesday, October 16, 2013

Lari dan lari lagi

Sebelum itu, Salam Hari Raya Aidiladha pada hari raya ke-3 ini. 

Alhamdulillah, saya sempat pergi solat raya kali ini menunaikan hajat yang tidak kesampaian pada hari raya aidilfitri yang lepas. Banyak lagi cerita sebenarnya balik kampung haritu. Ada rombongan merisik datang. Tapi, tentulah x kena mengena dengan saya. (Fikir logik lah, x kanlah pihak lelaki nak datang ke kampung di negeri sembilan sana, sedangkan saya sekeluarga menetap di Kuantan). 

Sempena Hari Raya Korban ni, mesti banyak cerita tentang lembu atau kambing terlepas daripada kandang. Di Sungai Isap, ada seekor berjaya melarikan diri ke kawasan belukar kecil yang sehingga kini masih x dapat ditemui. Selamatlah lembu itu daripada disembelih tapi x tentu selamat daripada ular sawa yang lapor. Huhu.

Tak tahulah apa nasib lembu tu kan. Ish2 kesian.

Lebih kesian lagi, al-kisahnya kalau seorang anak murid sentiasa melarikan diri daripada gurunya, tanggungjawabnya dan macam2 lagilah. Atas sebab paling x munasabah:- TAKUT.

Kalo lembu tadi, logiklah dia takut mati. Ini, x pastilah takut apa. Takut kena marah. Takut disoal lagi. Takut guru itu kecewa. The list goes on....

Takut dia tu mungkin mengalahkan takut terjumpa hantu dalam citer Supernatural agaknya. 

Dari sebab itu jugaklah, sesuatu yang boleh diselesaikan dalam sehari ditangguhkan jadi berminggu-minggu. Haih. Sebab, takut.


Perkara yang sebenarnya, tidaklah serumit yang difikirkan.
Cuma, disebabkan terlalu mengikutkan perasaan, 
semua perkara jadi carca merba. Haru biru. 
Bertenang dan yakin boleh. 
Insyaallah, selamat. 


Sunday, October 6, 2013

Setitis saat, Selaut manfaat

"Kepanasan sebentar hari ini.
Hajat di hati hendak makan cendol atau ABC di cafe Medic. 
Tapi, sudahnya dapat makan aiskrim mangkuk je sebab cafe tu dah tutup warung cendol dan ABC.
Agaknya, sebab tak mendapat sambutan hangat."

Mulanya, ingat nak menulis untuk diri sendiri sendiri sahaja mengenai tajuk ini.

Rasa2nya, orang boleh agak apa yang ingin saya sampaikan disini.
Dipendekkan cerita, ianya tentang penggunaan masa secara beradab.
Hampir 2 minggu, hajat nak menulis mengenainya tertunda.

Atas sebab terlalu lalai dan alpa dengan masa diri sendiri, saya sengaja menangguhkan penulisannya.
Kenapa agaknya manusia suka lalai dan alpa? Memang itu pun fitrah kita.


Tipulah sekiranya saya tak menyedari betapa teruknya penggunaan masa dalam sehari-hari. Rasa sungguh menyesal yang kemudiannya akan dilupakan begitu sahaja.

Kesedaran itu memang ada. Kekuatan untuk berubah itu yang tidak cuba dicari dan dikukuhkan. Oleh dari sebab diri merasakan terlalu selesa dan biasa dengan situasi yang sia sia tersebut.

Saya tak pandai hendak menambah hadis dan ayat Al-Quran untuk memberi penjelasan yang lebih bernas dalam tajuk ini. Cukuplah sekadar, saya rujuk kepada Surah Al'Asr yang ringkas dan padat itu, "Setiap orang itu PASTI AKAN RUGI melainkan......."

Setitis saat itu, kiranya digunakan sesungguhnya, pastilah selaut manfaat terhasil darinya. Bukankah, hidup ini sangat singkat hakikatnya. Hal ini sungguh pelik.

Thursday, October 3, 2013

shifting paradigm

Why the month is already October? Why? Why?
I really do not want 2013 to be ended

.

Time is indeed moving freaking fast.
We, the old batch postgraduate in KAHS received double number of new intake postgraduate from us
for this semester. That's means, more people are going to use lab after this.

Frankly, it is quite intimidating for me to see a lot of new students is coming.
Somehow, it reflects the time I had spent here. The more people are coming, the older batch you are
in PG department. No, it isn't awesome at all to be the most senior students in here!.

To make things even worst, these fresh postgraduate students are very excited to start their lab works.
They take less than couple of months doing readings and ordering chemicals, and ZASSSS...here they are in the lab. Starting lab works with 100% determination in their eyes shining without even blinking.

I observe them while holding my breath back. AMAZING!
Not to mention, looking them with green eyes. How I wish I was given the same opportunity to be in the lab as soon as I registered as PG students.

Unfortunately, I was not since I had to finish writing all sort of stuffs which actually not really relevant to me. But, let bygone be bygone.

Looking at the bright side, I am honestly feel energize by having these bunch of zestful new researchers in the lab. They are very eager to finish their Masters, so why not me feel double excitement to do my research works.

Thus, I am shifting my paradigma in my study by making them as a good example.
That's how positive aura people in your surrounding can shift you paradigma in your life.

Monday, September 9, 2013

Jendela Cahaya di Langit

Hampir seminggu, cuaca di Kuantan ini sejuk, basah dan mendung. Tidaklah pula menjadi masalah besar bagi saya dengan cuaca sedemikian. Bahkan, ada rasa senang yang terselit. 

Alhamdulillah, saya boleh berulang alik ke UIA meskipun bukan memandu kereta sendiri tetapi kereta pinjam. Langit sewaktu saya memandu sememangnya gelap dalam keadaan cuaca sebegini. 

Pada suatu hari, saya melihat satu jendela cahaya yang besar di langit dari kejauhan. Satu pemandangan yang mengasyikkan dan memukau. Kalaulah saya boleh meniti anak tangga ghaib untuk memasuki jendela cahaya tersebut, pastilah girang hati ini dapat meneroka dunia di sebelah sana. Biarpun hanya untuk beberapa saat.

Thursday, August 29, 2013

Jumaat sebelum Merdeka

Hari ini hari Jumaat terakhir dalam bulan Ogos. Tepat sehari sebelum Hari Kemerdekaan.

Sudah setahun berlalu. Semacam tidak percaya pula, saya akan melewati waktu dan ketika ini. 
Semacam satu perkara yang asing dan luar biasa dapat duduk berlama-lama di Malaysia. 

Semenjak pulang ke Malaysia dan tidak lagi bergelar mahasiswa luar negara, saya pasti menghitung setiap bulan dan tahun saya dapat bersama Malaysia.
Tipulah sekiranya saya tidak merindui tempat saya menuntut ilmu dahulu. Dari sebab tempoh yang panjang menjadi perantau, saya menghargai setiap detik keberadaan saya di sini.
Luar negara itu mungkin manis dan indah, tapi tidak pula menjadi keinginan utama saya untuk kembali menjadi perantau di sana.

Mungkin sebilangan orang lebih gemar dapat bergelar rakyat tetap di luar negara. Satu macam kemegahan dan kebanggaan.
Tidak menghairankan langsung buat saya. Tinggal di luar sana, hampir semuanya terpaksa dibuang melainkan kemegahan dan kebanggaan itu sahajalah yang mereka dapat kecapi.
Mengapa perjuangan mereka disana bukan di sini, bersama anak-anak era post-kemerdekaan yang lain?

Sememangnya, mereka dari sana boleh melihat tapi sudah pastinya tidak dapat merasa perasaan yang sama dalam situasi dan keadaan persekitaran yang berbeza.

(Lain yang difikir, lain pula yang ditulis)

* * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Sisipkan doa kita pada hari mulia ini agar keamanan dan kebahagiaan kekal bersama Malaysia selamanya.



Monday, June 10, 2013

Hey June?!

A lot of things have happened throughout this year.
I keep trying not to write them down in this blog.
or anywhere in the internet.
I mean FB or everything that fall in the same category.

Today, I feel I could not hold it any longer.
This headache actually trigger me to write this.
Let hear me making some grumblings and grunts.

Starting from last school holiday, I have to take care of kindergarten children.
I thought it should be fine as it will be lasting only for 2 weeks.
These kids should be a piece of cake.
From 2 weeks, it continues to be 3 weeks.
As, one of their teacher is already quit.

I think I must made up my mind to quit this job.
Besides, my study is not looking so bright at this point.
My biggest obstacle is doing statistical analysis.
I keep delaying the task since I am too overwhelmed about doing it.

I am always afraid that I might doing the statistical analysis wrong.
I think this story should be enough for the time being.
I wish I could be more focus on what I want to strive for in my life.




Sunday, May 19, 2013

Terbeban dengan soalan kehidupan

Kewujudan blog ini tidak pernah dilupakan.
Kesibukan itu menghidupkan.

Seperti titis hujan buat anak benih kecil.
Namun, hujan yang lebat akan reda juga akhirnya.
Dan, persoalan2 yang sengaja dilupakan mula terbit dan sirna.

Dibalik kepulan2 awan yang kelabu dan berat ditiup angin.
Percikan sinar mencuri keluar.
Bertukarlah awanan kelabu berat menjadi putih kapas yang ringan.

Sinar cahaya itu. . .
Dan persoalan yang membebankan. .
Alangkah bagusnya kalau alam ini berhenti berputar..
Untuk seketika. .
Atau selama-lamanya..
Satu kemustahilan yang nyata. .

Persoalan kehidupan yang betul2 membebankan
Ke manakah hala tuju masa yang terkandung dalam hari2 mu?
Mengapa kau bertindak begitu sedangkan ada cara begini?
Bodohlah engkau memilih jalan yang kau fikir menguntungkan itu.
Semuanya salah.

Apa yang kau mahu sebenarnya dari ku?
Agar kau menjadi lebih berjaya dan bahagia dari sekarang.
Itu sahaja permintaanku setiap masa.
Dan, itu jugalah cita2ku dalam setiap nafas.

Kehidupan ini berlalu terlalu pantas.
Aku seperti sengaja merugikan setiap peluang.
Hal yang sebenarnya,
Aku penuh dengan perancangan.

Akan ku buktikan..
Akan ku buktikan..
Akan ku buktikan..

Selagi hayat dikandung badan.
Aku akan berjuang untuk menjadi lebih bahagia dan berjaya.

Tuesday, March 19, 2013

Update 03/2013- Initiation

It has been only this week I started my lab.
I thought it should be very simple and quick.
But, it happens to be 'Everything is new to me. What should I do? What should I do?'.

Terkial kial.

I am up to the challenges.
But, (one more time)....
it really worn me out.
Very tired.

Hoho. What to say.
In short, I am 'manja' person.
It only 2 days of lab work, I already feel I want to have a day off.

Huhu. 

Thursday, March 14, 2013

Hati di kepala

Rencah pancaroba tak pernah malap
Maraknya menyala nyala menghapus gelap
Hati pun semakin terbakar hampir kasap
Sehingga asap mengelabui kepala hingga lesap
Lesap digantikan hati dengan segunung harap

(sambung kemudian)

Bukan nak kata

Kata mengata memang tabiat keji
Tapi kejinya tidaklah lekat di hati
Manisnya keji hingga lidah menjilat jari
Buta betapa ada maruah terkecai
Pekak betapa ada raungan sedu mengilai
Bisu betapa ada kewarasan diri terbarai

Ah, bukan nak kata pemudah bicara
Semuanya berasa dia benar sentiasa
Benar teramat benar dalam semuanya
Bernas tersungguh benar dalam semuanya
Bagus tersangat bagus dalam segalanya
Orang lain adalah perosak keamanan dunia

Oh, ada masalah sama itu manusia
Dia manusia dan aku manusia
Siapa yang lebih benar berlawan mata dan kata
Siapa yang lebih benar sebenarnya?
Siapa yang boleh menjadi hakim dunia diantara keduanya?
Bukan manusia sudah tentunya!

Monday, March 11, 2013

Diam pun kata

Sebiji buku tebal putih diam di para
Tajuk hitam besar di kulit keras muka
Di situ katanya, "Ingin Jadi Pujangga"
Penulisnya dengan nama A.Samad bukan Said akhirnya
Mungkin Ismail- berkelana dengan kisah sebelum merdeka
Sudah beberapa purnama
Buku tebal dengan mimpi jadi pujangga tidak dapat dijumpa
Hilang begitu sahaja
Mungkin ada insan lain turut jatuh cinta samanya
Dibawa pergi dan aku setia menanti kelibat putih warnanya
di atas para tempat diamnya sentiasa
Kerna penantian ini tak akan sia-sia
Kerna tanpa mimpi dan kelana pujangga
pun tidak mengapa
Kerna diam pun kata

Thursday, January 24, 2013

Vanish me

I feel so alone this whole week. I am afraid I might hurt somebody or many of them due to my abrupt missing in the postgraduate room.

It is not complicated as people might think. I am not running away from them, but I prefer library due to I can focus on reading. I can find books easily without need to borrow and carry them back to the room. Those big and thick and heavy books are really draining my energy out.

I wish I could explain this to them.

Due to this, I always think to vanish myself lately.
It is sort of a vacuum place in me that cannot be described due to my 'running away' action.

I wish I could make this feeling go away.

                                                       (source: Tumblr)

* * * * * * * * * * *
Other than that, things go very smoothly.
My parent, especially my father is very happy and proud with his just renovated, larger house.
I have my own bedroom now, where I can sleep and wake up whenever I want (without disturbing my older, special sister).
Unfortunately, it is next to the kitchen.
Too noisy in the morning when my mother starts cooking.

More friends are getting married this year.
I am not even trying to meet someone, as I continue pretending it is not a big matter.
Whenever a guy friend is asking about ' when/do you want to get married soon?' (which is a very rare occasions to me), I instantly answering him 'NO, NOT AT THE MOMENT'.
Haha.
It works anyway in order to change the topic.

But, but.. I really enjoy listening to Malay classic romantic songs every evening in the car.
It's such a very nice and self-soothing way to forget about the marriage issue.
No rush.

Finally, I keep thinking to myself about doing a hobby which can turn out to be a big business.
I am determined to make it as a reality, not a daydream only.
Sadly, there are always hurdles in motivating myself on making it real.
Very sad, indeed.

* * * * * * * * * * * *
I am not sure how to contact Lina, who told me last time is coming back to Malaysia this January.
Gosh, it is already in the end of January.
Sometimes, I just cannot understand why I react this way to my friends.
As if, I never care about them.

So, just vanish me from my friend's memory maybe is the best way.



Wednesday, January 2, 2013

25 musim.

25 musim.
Musim suam suam kuku walaupun diluar mungkin sejuk atau panas berlalu.
Dalam 1 musim,
Berapa peradaban boleh berlaku?
Oh, ini musim ke 25.
Berapa banyakkah yang rugi dan yang laku?
Yang berdiri dan yang terkujur kaku?
Yang tamat dan yang terkandas?
Yang tumbuh dan yang patah?
Yang terbang dan yang tertanam?
Yang lurus dan yang bengkok?

Oh ini musim ke 25.
Berapa banyakkah abad yang bakal berlaku?