About Me

Dari seorang Rafaz Ali


Sebelum berbicara dengan lebih panjang,
kebanyakkan gambar adalah milik peribadi.


Terima kasih kerana sudi ke blog yang tak seberapa ini.

Semua maklum,
setiap orang punya suara yang mahu dikongsi bersama.
walau mungkin, perkara remeh dan temeh.
Saya, diantara berjuta atau bilion atau lebih-
memeriahkan lagi fenomena blogging.

Sekiranya, anda gemar akan puisi dan seangkatan dengannya
blog ini sememangnya kena dengan anda.

Puisi- syaratnya mesti dibaca dengan irama.
Baru terasa merdunya kisah yang disampaikan.
Walau, baitnya banyak yang tak kena.

Puisi yang ditulis,
hampir kesemuanya cetusan rasa yang pertama
tidak akan diubah garap
untuk jadi lebih indah.

Kalau berkesempatan,
ingin sekali saya
menghantar karya ke akhbar dan majalah,

Sekali lagi, terima kasih.