About Me

Wednesday, October 16, 2013

Lari dan lari lagi

Sebelum itu, Salam Hari Raya Aidiladha pada hari raya ke-3 ini. 

Alhamdulillah, saya sempat pergi solat raya kali ini menunaikan hajat yang tidak kesampaian pada hari raya aidilfitri yang lepas. Banyak lagi cerita sebenarnya balik kampung haritu. Ada rombongan merisik datang. Tapi, tentulah x kena mengena dengan saya. (Fikir logik lah, x kanlah pihak lelaki nak datang ke kampung di negeri sembilan sana, sedangkan saya sekeluarga menetap di Kuantan). 

Sempena Hari Raya Korban ni, mesti banyak cerita tentang lembu atau kambing terlepas daripada kandang. Di Sungai Isap, ada seekor berjaya melarikan diri ke kawasan belukar kecil yang sehingga kini masih x dapat ditemui. Selamatlah lembu itu daripada disembelih tapi x tentu selamat daripada ular sawa yang lapor. Huhu.

Tak tahulah apa nasib lembu tu kan. Ish2 kesian.

Lebih kesian lagi, al-kisahnya kalau seorang anak murid sentiasa melarikan diri daripada gurunya, tanggungjawabnya dan macam2 lagilah. Atas sebab paling x munasabah:- TAKUT.

Kalo lembu tadi, logiklah dia takut mati. Ini, x pastilah takut apa. Takut kena marah. Takut disoal lagi. Takut guru itu kecewa. The list goes on....

Takut dia tu mungkin mengalahkan takut terjumpa hantu dalam citer Supernatural agaknya. 

Dari sebab itu jugaklah, sesuatu yang boleh diselesaikan dalam sehari ditangguhkan jadi berminggu-minggu. Haih. Sebab, takut.


Perkara yang sebenarnya, tidaklah serumit yang difikirkan.
Cuma, disebabkan terlalu mengikutkan perasaan, 
semua perkara jadi carca merba. Haru biru. 
Bertenang dan yakin boleh. 
Insyaallah, selamat.