About Me

Tulisan dengan pencerahan


Dilahirkan dalam masyarakat Asia, mempunyai kulit cerah adalah satu keistimewaan.

Situasi sebaliknya berlaku di negara Mat Salleh yang saya saksikan sendiri.
Mereka sangat mengingini kulit gelap, kulit sawo matang.
Itulah yang paling cantik bagi mereka.

Lucu bukan dunia ini. Pelbagai ragam dan aneka kesukaan.
Jadi, bersyukur sahajalah dengan setiap yang anda miliki.
Percayalah, anda insan lain sedang amat sgt mahu memiliki apa yang anda ada sekarang.

* * * * * * * * * *  * * * * * * * * * * * *

Cerita diatas adalah selingan.
Cerita isinya adalah pendek sahaja.

Blog Rafaz Ali ini punya kuasa pencerahan ke atas diri saya.
Bukanlah kulit, tetapi pemikiran dan tindakan yang akan saya lakukan.

Diatas segalanya, saya bersyukur.
Allah kurniakan ilham pencerahan akal dalam bentuk penulisan picisan saya.

Kerna itu, saya menulis untuk diri sendiri.
Dalam masa yang sama berharap orang lain boleh mendapat sesuatu yang bermakna darinya juga.

Salam Ramadhan dan Aidilfitri 2011. 


:) rafaz ali a.k.a fazilah rafia.