About Me

Monday, May 28, 2012

Saya, lulusan ijazah dari Australia

Saya bersyukur kerana pernah berpeluang belajar di negara orang.
Lebih daripada itu, sebuah negara yang dihuni golongan Barat.
Saya boleh membuat perbandingan antara 2 budaya yang paling ketara,
orang Asia dan orang Barat.

Tapi, dalam masa yang sama, anugerah ini juga adalah dugaan yang tersembunyi.
Dan, ia tidaklah semudah yang disangka.



Pandangan paling pertama orang ramai bila diberitahu saya adalah lulusan ijazah dari Australia,
pastinya kekaguman kerana tersangat bijak. Dan, ia kadang2 melemaskan saya (atau mungkin saya yang terperasan).

Kedua, mereka mempunyai persepsi bahawa graduan luar negara pasti hebat dalam segi sikap bekerja, gaya berfikir dan sewaktu dengannya. Pendek kata, graduan luar negara mempunyai kelebihan dan keistimewaan daripada graduan dalam negara.

Ketiga, tak kurang juga yang menganggap graduan luar negara berlagak sombong dan berfikir mereka itu sahaja yang tahu segala2nya. Biasalah, orang belajar luar negara. Kalau bercakap, mesti dalam bahasa inggeris.

* * * * * * * * *
Hakikat sebenarnya, belajar di luar negara tak menjamin graduan2 tersebut dapat berdaya tahan di negara sendiri. Walaupun mungkin, peluang mendapat pekerjaan itu lebih mudah.

Tapi, banyak perkara yang perlu dipelajari dan dialami sendiri bila pulang ke tanah air.
Terlalu banyak.

Keadaan di negara maju lebih jauh selesa dari segi teknologi, mentaliti dan prasarana.
Keadaan di Malaysia pastinya serba serbi kekurangan kalau dibandingkan dengan keadaan sewaktu belajar dahulu.

Ditambah pula, dengan asam garam karenah dan sensitiviti masyarakat.
Orang yang hebat pasti boleh mencari jalan penyelesaian, bukannya alasan dan kalah kepada halangan.

* * * * * * * * * *
Pendek cerita, sesiapa yang bercita cita, sedang dan sudah belajar dan bekerja di luar negara, tanamkan rasa tanggungjawab dalam diri untuk berbakti kepada negara.

Fahami keadaan sebenar di Malaysia. Dan, kefahaman tanpa pengalaman sebenar adalah sukar.
Bukankah, pengalaman itu adalah guru terbaik dalam kehidupan.

Mungkin, inilah yang dimaksudkan, berfikiran global dan bertindak lokal.
Tidak kiralah apa latar belakang seseorang itu.
Paling utama, sejauh manakah hidupnya dapat berbakti kepada orang lain.

Wednesday, May 23, 2012

Jam tangan

Aksesori paling utama saya sepanjang menjadi seorang pelajar adalah jam.

Mestilah kan, untuk mengetahui waktu setiap masa dan di mana jua.
Waktu bas, waktu masuk kelas, waktu bangun tidur, waktu solat, waktu itu dan ini.

Tapi, saya berhenti memakai jam tangan bila saya kembali tinggal di Malaysia.
Sehinggalah sekarang, di mana sudah bekerja dan belajar pada masa yang sama.
Alasannya sangat mudah. Tak mahu tukarkan waktu di Australia dengan waktu di Malaysia.
Walhal, dah tidak ada kepentingan lagi pun nak tahu waktu di Australia.

* * * * * * * * * *
Ada rasa TERSENTAP dan RISAU pagi ini bila Cik Nadya kita mengingatkan tentang tarikh tutup permohonan untuk menyambung Sarjana di UIA.

Dan, Cik Nadya juga memakai seutas jam yang sangat besar!!.

* * * * * * * * * * *
Adakah ini semua petanda2 yang....


Tick tock. Tick tock. Running out of time...
Kwek. Huhu.

Wednesday, May 16, 2012

Alam pekerjaan

Tak sangka pula begini rasanya kerja dibawah orang.
Oh, pernah je bekerja jadi kuli sekejap lepas SPM.
Tapi, waktu tu tak ambil pusing sangat.

Sudah rezeki bekerja dibawah bimbingan pensyarah yang suka berniaga.
Makanya, terlalu banyak aktiviti diluar bidang yang mesti dibuat.
Dan, agenda utama pembelajaran terpaksa ditangguhkan.

Aktiviti2 tersebut adalah menjadi urusetia pelbagai program.
Program ceramah pemakanan. Program pengurusan berat badan.
Selama hidup sebagai student, memang bermati-matian tak mahu buat semua ni.
Melarikan diri dan senyap.
Jadi, orang pun tak bising2 cari kita.

Kali ini, tiada lagi jalan untuk melarikan diri.
Dan, kami yang jadi RA ini mulalah merungut2 tak sudah2.
Allah, tak ikhlasnya kami bekerja.

Apa2 pun, banyak pengalaman berguna sebenarnya untuk dijadikan
rujukan di masa hadapan :)

Aktiviti aerobic yang diuruskan oleh kami bertiga. 
(Balik pukul 7 pm lebih kami ke rumah. Huhu)