"Kepanasan sebentar hari ini.
Hajat di hati hendak makan cendol atau ABC di cafe Medic.
Tapi, sudahnya dapat makan aiskrim mangkuk je sebab cafe tu dah tutup warung cendol dan ABC.
Agaknya, sebab tak mendapat sambutan hangat."
Mulanya, ingat nak menulis untuk diri sendiri sendiri sahaja mengenai tajuk ini.
Rasa2nya, orang boleh agak apa yang ingin saya sampaikan disini.
Dipendekkan cerita, ianya tentang penggunaan masa secara beradab.
Hampir 2 minggu, hajat nak menulis mengenainya tertunda.
Atas sebab terlalu lalai dan alpa dengan masa diri sendiri, saya sengaja menangguhkan penulisannya.
Kenapa agaknya manusia suka lalai dan alpa? Memang itu pun fitrah kita.
Tipulah sekiranya saya tak menyedari betapa teruknya penggunaan masa dalam sehari-hari. Rasa sungguh menyesal yang kemudiannya akan dilupakan begitu sahaja.
Kesedaran itu memang ada. Kekuatan untuk berubah itu yang tidak cuba dicari dan dikukuhkan. Oleh dari sebab diri merasakan terlalu selesa dan biasa dengan situasi yang sia sia tersebut.
Saya tak pandai hendak menambah hadis dan ayat Al-Quran untuk memberi penjelasan yang lebih bernas dalam tajuk ini. Cukuplah sekadar, saya rujuk kepada Surah Al'Asr yang ringkas dan padat itu, "Setiap orang itu PASTI AKAN RUGI melainkan......."
Setitis saat itu, kiranya digunakan sesungguhnya, pastilah selaut manfaat terhasil darinya. Bukankah, hidup ini sangat singkat hakikatnya. Hal ini sungguh pelik.