About Me

Sunday, May 19, 2013

Terbeban dengan soalan kehidupan

Kewujudan blog ini tidak pernah dilupakan.
Kesibukan itu menghidupkan.

Seperti titis hujan buat anak benih kecil.
Namun, hujan yang lebat akan reda juga akhirnya.
Dan, persoalan2 yang sengaja dilupakan mula terbit dan sirna.

Dibalik kepulan2 awan yang kelabu dan berat ditiup angin.
Percikan sinar mencuri keluar.
Bertukarlah awanan kelabu berat menjadi putih kapas yang ringan.

Sinar cahaya itu. . .
Dan persoalan yang membebankan. .
Alangkah bagusnya kalau alam ini berhenti berputar..
Untuk seketika. .
Atau selama-lamanya..
Satu kemustahilan yang nyata. .

Persoalan kehidupan yang betul2 membebankan
Ke manakah hala tuju masa yang terkandung dalam hari2 mu?
Mengapa kau bertindak begitu sedangkan ada cara begini?
Bodohlah engkau memilih jalan yang kau fikir menguntungkan itu.
Semuanya salah.

Apa yang kau mahu sebenarnya dari ku?
Agar kau menjadi lebih berjaya dan bahagia dari sekarang.
Itu sahaja permintaanku setiap masa.
Dan, itu jugalah cita2ku dalam setiap nafas.

Kehidupan ini berlalu terlalu pantas.
Aku seperti sengaja merugikan setiap peluang.
Hal yang sebenarnya,
Aku penuh dengan perancangan.

Akan ku buktikan..
Akan ku buktikan..
Akan ku buktikan..

Selagi hayat dikandung badan.
Aku akan berjuang untuk menjadi lebih bahagia dan berjaya.