1 jam berbicara di telefon sebenarnya tidaklah terlalu lama.
Perbicaraan kami boleh sahaja dipanjangkan menjadi 2,5 hingga 12 jam lamanya.
Kalau tidak kerana takut bil telefon saya mecanak-canak naik sehingga ke puncak Genting Highland ataupun Cameron Highland, sudah pasti saya mengutarakan isu baru pula.
Lokasi dimana saya akan berdiri lama dan berbicara seorang diri
dengan telefon ditelinga tidaklah menentu.
Kalau dahulu, kebiasaannya di atas katil bersama bantal dan selimut.
Tapi sekarang, saya lebih gemar dihujung koridor tingkat satu sambil melihat pemandangan hijau rumput, rimbun semak dan lalang, tanah merah tebing yang ditarah dan tempat letak kereta.
Pemandangan yang pada awalnya agak menyenangkan tiba2 bertukar makin memeningkan, seolah2 berputar-putar apabila perbicaraan kami semakin rancak.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Perlukah saya memperkenalkan siapakah gerangan yang menadah telinga di hujung talian?
Tak penting pada pengiraan saya. Saya suka untuk membiarkan ia menjadi satu teka teki.
Biarlah saya menamakan dia sebagai Dewi Lisani.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Kehidupan yang singkat telah mentakdirkan pertemuan diantara saya dan Dewi Lisani sejak belasan tahun yang dahulu. Sememangnya takdir tidak meletakkan kami berdua ditempat yang sama, dengan orang-orang yang sama untuk merasa kegembiraan dan kepahitan yang sama.
Namun, asalnya manusia itu kan semuanya sama.Tanah.
Begitu juga harapan, impian dan cita-cita seorang manusia itu untuk sebuah kehidupan.
Punya banyak wang, harta, kuasa dan segalanya yang manis.
Kekasih hati yang menawan dan budiman.
Begitu juga kami, saya dan Dewi Lisani.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Titian ke alam kedewasaan lebih banyak memberikan kekesalan, kesedihan, rungutan, kegusaran daripada kejayaan, kemewahan dan kekuasaan.
Apa lagi yang tinggal buat kami melainkan harapan dan teman berkongsi cerita di talian.
Siapa lagi yang boleh memberikan pengertian dan pemahaman yang lebih baik mengenai kehidupan melainkan 2 teman lama bercerita 1 jam di talian.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * ** * * * * * * * * * * * *
Harapan. Kekuatan. Tidak putus asa.