Aku dikurniakan;
dengan dua mata
Darinya aku-
melihat dan membaca
menghadam maklumat diterima
dengan ideologi seorang muda
Selalunya aku melihat
negara hujan batu
Di hujung teropong;
Melalui pembacaanku di media
Yang asalnya adalah pendapat seorang
manusia lain
Kerna itu, aku tak dapat merasa
Berada di negara hujan batu
Walaupun untuk seketika
Hatiku berkocak tidak henti
Pembacaan semata tidak mencukupi
Sayangku pada negara hujan batu;
tidak berbelah bahagi
* * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Sayang terlalu kasih
Negara hujan batu
Tidak seburuk namanya
Punya potensi dan peluang
Lebih maju dari negara atas angin
Terlalu banyak yang disayangkan
telah disia2kan
yang kemudian menjadi sisa2
lapahan negara2 yang lapar
untuk terus berkuasa didunia
Muda mudi telah digelapkan mata
Hidup perlu diisi dengan segala
yang membahagiakan
Benar, setiap insan mahu bahagia
Tapi, ini bahagia dalam fantasi
Penipuan yang mengenyangkan si gelojoh
Dan, si kurus tidak sedar
Bahagia itu nanti memakan diri
* * * * * * * * * * * * * * * *
Si kurus dihidangkan
Jamuan besar yang terkandung racun
Itulah kegilaan kepada wang ringgit
Matlamat mesti dicapai
Melalui apa jenis lorong sekalipun
Mencuri, merasuah walaupun mungkin
terpaksa membunuh
Ketagihan kepada sedapnya dunia
Lazatnya cinta sesama manusia dijadikan
isu maha penting!
Sedangkan isu maruah dipijak diserahkan
kepada yang buta hati
Menerokai misterinya alam ghaib
Dengan segala kisah yang entah benar entah tidak
Dan diolah menjadi cerita lawak
Mangsanya, anak2 kecil yang hanya tahu menerima
tidak tahu menganalisa
* * * * * * * * * * * * * * * *
Bukan aku seorang yang dikurniakan Tuhan
Punya mata dan hati
Punya ideologi sendiri
Bahkan, sudahpun ada pakar2
Memulakan usaha merawat
Bumi ,bulan serta cakerawala
terus berputar
Musim silih berganti
Perjalanan masa terus meninggalkan
semuanya dibelakang
Kalau setiap seorang berusaha
terus berusaha
Pasti, diakhirnya
Hak terpisah dari batil