Its my name.With some alterations.My life is same like any other human on the earth. Somehow,this blog could not be avoided (trying but to no avail).
Tuesday, June 28, 2011
Hapus Memori
Kedegilan yang teramat
Hingga aku sendiri-
jadi terseksa.
Tidak mahu melepaskan
Memori yang kukira
Tidak bererti lagi
Kukira lebih baik
tangis diganti dengan doa
supaya segera putus asa
daripada terus berdegil
Aku disini seperti biasa
Sendiri dan sering bercereka
sama pena dan kertas
sama papan kekunci
dan skrin komputer riba
Kau bisu seperti membenci
Setiap apa yang terjadi
Sewajarnya.. kau memilih
untuk begitu
Marilah segera
dihapuskan memori
seperti ghaibnya mentari
tika awan gelap menutupi
setiap penjuru langit
Besar kemungkinan
sudah lama kau membuang
jauh2 memori itu
Hanya aku yang berdegil
mengenggam erat
Sesuatu yang tidak pernah ada
dalam genggamanku.