About Me

Wednesday, June 29, 2011

Jikalau aku adalah dia

Kami sama2 orang muda
Punya misi dan visi
yang mahu direaliti
supaya dapat berbakti
sehabis baik-
pada ibu pertiwi


Perbezaannya;
aku ditakah kedua
dia ditakah ketiga
hampir ke garisan penamat
dari itu,
aku mohon bimbingan
menghadapi ujian
ditakah kedua


Sering,aku bertanya
pada diri sendiri
'Jikalau aku adalah dia'
bila aku selalu khayal
dalam lena dan sedar
akan perkara2
tak bermanfaat
pada visi dan misi
hidupku di takah kedua


Dia yang penuh wibawa
Sentiasa bersemangat
Sarat dengan cita2
Aku ketawa dalam diam
Melihat cara dia yang-
berkobar2 selalu

Tak penatkah dia
Hidup sentiasa
dengan semarak-
api membakar?
Aku terasa
lucu

* * * * * * *

Kalau dia tahu
Aku bikin puisi
tentang dia
Nahas

Lebih nahas
Anak didiknya
malas malas
bikin kerja