About Me

Thursday, June 30, 2011

Too much freedom

People seems could not get enough of having free thoughts,
free stuff (freebies), free money, free money, free times or
anything that you could think of.



They want more freedom; that make them do anything that
they think might work out, includes rebellions or huge congregation,
like Perhimpunan Bersih on this coming 9th July.



On whatever reasons, FREE is something that everyone desires.

And, does not mean TOO MUCH FREEDOM is the ultimate FREEDOM.



Imagine my situation;

Atuk Colin is away for a month.

I am enjoying myself for almost a month too.

Then, the due dates shadowing my life.

Research life in food science has a lot of time to be wasted.

VERY WRONG OF ME.

p/s: I need some helps here to keep monitoring my life works progress.
Anyone?.

Wednesday, June 29, 2011

MeMain...hee




Jikalau aku adalah dia

Kami sama2 orang muda
Punya misi dan visi
yang mahu direaliti
supaya dapat berbakti
sehabis baik-
pada ibu pertiwi


Perbezaannya;
aku ditakah kedua
dia ditakah ketiga
hampir ke garisan penamat
dari itu,
aku mohon bimbingan
menghadapi ujian
ditakah kedua


Sering,aku bertanya
pada diri sendiri
'Jikalau aku adalah dia'
bila aku selalu khayal
dalam lena dan sedar
akan perkara2
tak bermanfaat
pada visi dan misi
hidupku di takah kedua


Dia yang penuh wibawa
Sentiasa bersemangat
Sarat dengan cita2
Aku ketawa dalam diam
Melihat cara dia yang-
berkobar2 selalu

Tak penatkah dia
Hidup sentiasa
dengan semarak-
api membakar?
Aku terasa
lucu

* * * * * * *

Kalau dia tahu
Aku bikin puisi
tentang dia
Nahas

Lebih nahas
Anak didiknya
malas malas
bikin kerja

Tuesday, June 28, 2011

Bocah



Setiap petang
Gamat sekali lorong di hadapan rumah
Tempat bocah2 itu
bermain

Permainan apa
Aku tak peduli
Lebih baik aku menyepi
Kalau diteguri
Aku yang terpaksa mengikuti
dalam apa2 sahaja permainan
mereka

Satu petang
sehari sebelum aku pulang
ke kota dingin diatas angin
Entah apa petualang
Aku diteguri oleh bocah2 itu
Dan,
aku dijadikan rakan permainan

* * * * * * * * * * * * * * *

Mereka adalah 3 orang bocah
2 yang kecoh
seorang yang diam2 malu
dan aku
menjadi tukang dalang
dalam serba kekok

Tukang dalang
dengan alkisah yang hilang arah
segera mencari
pemancing untuk mengikat
bocah2 yang makin tak terkawal

Seperti beruk2 liar
yang singgah setiap petang
di atas pagar2
di atas bumbung2
dan kucing2 montokku
mengerekot kekaguman
atau mungkin
ketakutan

Bocah2 itu
panjang akalnya
Satu patah yang kuucap
Dua patah yang dijawab
Mati akal aku

* * * * * * * * * * * * *

Kalau aku bisa
berbicara padamu
bocah2 yang nakal
akan perihal dunia ini
dalam bahasa paling mudah
kau mengertikan

sudah lama
aku menjadi
rakan sepermainan
kalian

kerna aku
tak tahu bahasa bocah
mereka bilang
aku berbicara
dalam bahasa indonesia
(kurang asam?!)

bocah2
yang becok
serta manja itu
meskipun nakal

mereka;
hanyalah anak2 yang mahukan perhatian.

Hapus Memori



Kedegilan yang teramat
Hingga aku sendiri-
jadi terseksa.

Tidak mahu melepaskan
Memori yang kukira
Tidak bererti lagi

Kukira lebih baik
tangis diganti dengan doa
supaya segera putus asa
daripada terus berdegil

Aku disini seperti biasa
Sendiri dan sering bercereka
sama pena dan kertas
sama papan kekunci
dan skrin komputer riba

Kau bisu seperti membenci
Setiap apa yang terjadi
Sewajarnya.. kau memilih
untuk begitu

Marilah segera
dihapuskan memori
seperti ghaibnya mentari
tika awan gelap menutupi
setiap penjuru langit

Besar kemungkinan
sudah lama kau membuang
jauh2 memori itu
Hanya aku yang berdegil
mengenggam erat

Sesuatu yang tidak pernah ada
dalam genggamanku.

Monday, June 27, 2011

Sinar Islam di Australia

Saya tersenyum sendiri.
Tatkala mengikuti recorded online usrah dari Jepun.
Oleh pelajar2 Malaysia dari sana.

Rupa2nya, Australia memang terkenal
dengan gerakan dakwah dikalangan penuntutnya.
Saya tersenyum lagi.

Berapa ramai yang mencari
daripada yang dicari
untuk mengikuti segala usrah
secara paksa rela

Tersenyum panjang saya.
Terpulang.
Setiap orang punya pilihan sendiri.
Rugi atau untung.
Persoalan seterusnya.

p/s: Seorang teman akrab begitu teruja mahu ke sini
hasil sebuah novel mengisahkan sinaran islam yang gemilang
di sini. Mantop.

Sunday, June 26, 2011

Negara hujan batu

Aku dikurniakan;
dengan dua mata
Darinya aku-
melihat dan membaca
menghadam maklumat diterima
dengan ideologi seorang muda

Selalunya aku melihat
negara hujan batu
Di hujung teropong;
Melalui pembacaanku di media
Yang asalnya adalah pendapat seorang
manusia lain
Kerna itu, aku tak dapat merasa

Berada di negara hujan batu
Walaupun untuk seketika
Hatiku berkocak tidak henti
Pembacaan semata tidak mencukupi
Sayangku pada negara hujan batu;
tidak berbelah bahagi

* * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Sayang terlalu kasih
Negara hujan batu
Tidak seburuk namanya
Punya potensi dan peluang
Lebih maju dari negara atas angin

Terlalu banyak yang disayangkan
telah disia2kan
yang kemudian menjadi sisa2
lapahan negara2 yang lapar
untuk terus berkuasa didunia

Muda mudi telah digelapkan mata
Hidup perlu diisi dengan segala
yang membahagiakan
Benar, setiap insan mahu bahagia

Tapi, ini bahagia dalam fantasi
Penipuan yang mengenyangkan si gelojoh
Dan, si kurus tidak sedar
Bahagia itu nanti memakan diri

* * * * * * * * * * * * * * * *

Si kurus dihidangkan
Jamuan besar yang terkandung racun
Itulah kegilaan kepada wang ringgit
Matlamat mesti dicapai
Melalui apa jenis lorong sekalipun
Mencuri, merasuah walaupun mungkin
terpaksa membunuh

Ketagihan kepada sedapnya dunia
Lazatnya cinta sesama manusia dijadikan
isu maha penting!
Sedangkan isu maruah dipijak diserahkan
kepada yang buta hati

Menerokai misterinya alam ghaib
Dengan segala kisah yang entah benar entah tidak
Dan diolah menjadi cerita lawak
Mangsanya, anak2 kecil yang hanya tahu menerima
tidak tahu menganalisa

* * * * * * * * * * * * * * * *

Bukan aku seorang yang dikurniakan Tuhan
Punya mata dan hati
Punya ideologi sendiri
Bahkan, sudahpun ada pakar2
Memulakan usaha merawat

Bumi ,bulan serta cakerawala
terus berputar
Musim silih berganti
Perjalanan masa terus meninggalkan
semuanya dibelakang
Kalau setiap seorang berusaha
terus berusaha
Pasti, diakhirnya
Hak terpisah dari batil

Perjalanan pulang

Seorang perantau
Punya 2 dunia
Punya 2 diri
Cuba untuk tidak sama sekali
Kehilangan identiti sebenar

Seringkali perantau terkeliru
2 diri tidak dapat dikawal
dari diadun bersama
kerna garis maha halus menandai
perbezaan diantara dua diri ini

Hakikatnya, hanya satu jasad
terpaksa dibelah menjadi dua
Mana mungkin bisa kujelaskan
dengan tepat
Hanya seorang perantau
bisa memahami kekeliruan ini

Perjalanan pulang
Permulaan yang dinantikan
Pengakhiran yang tidak boleh dinafikan;
Ada tanggungjawab disana menanti
Ada harapan menggunung dipikul
Ada matlamat yang mesti dilunasi

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Perjalanan pulang
Di permulaannya, bicara riuh sekali
Perut kapal penuh dengan manusia
Pramugari manis tersenyum manja
Seisi alam turut menyanyi
(walaupun kepala pening)

Di pengakhirannya, tak sebutir patah diucap
Ruang duduk dalam kapal banyak kosong dari diisi
Hanya pramugara berkulit sawo matang bertugas
Dimana gadis dengan senyum manja mereka?
Perjalanan pulang hanya diisi dengan lena yang panjang

* * * * * * * * * * * * * * * * * *

Ini seorang perantau
bosan dengan rutin sebegini
bukan, tapi tidak dapat bertahan
Memisahkan 1 jasad kepada 2 diri
Terus mengingatkan diri
identiti Melayu jati
dari lapuk dan lekang
dalam diri
di negara tanpa identiti tersendiri
Australia.

Cukuplah. Inilah yang terakhir.

Sunday, June 19, 2011

Full Time housewife

Hilang sudah semua vocab english.

Tetiba hilang idea nak tulis apa.

2 minggu berhenti menulis termasuklah diari peribadi.

Apa2 pun, segala pemikiran terbaru akan ditulis seminggu selepas ini.

Itupun kalau keadaan tidak nazak. Huhu. (Matilah)

p/s: just got a new hoody and funky shoes today :D

Friday, June 3, 2011

awesome blackberry & handsome prince caspian

Humid , hot and damp air of malaysia is unbearable with my skin.

However,it is not a big deal. With time I can adapt with it easily.
I was born with malay blood, right?

Three movies I managed to finish during 7 hours flight.
Almost vomitted. With the turbulence, make the situation even worst.

Every flights is a nightmare for me.
I hate flying.

Jiran depan rumah have their daughter khemah in front of my house.
Maybe, I could have extra berkat from the bridegroom.
Haha.

Then, my friend also neighbour who I met once upon a time in my life, gget marry today too.

I will abandon this blog for a while.
Cannot think very much with all my family around me.

Kekayaan masa untuk duduk,berfikir dan berpuisi semakin kurang.
That's why.

Thursday, June 2, 2011

Ehem :)


>>Counting minutes now to the final hour.

>>Got new Yes Optus mini wireless and indeed it is YES.
Superb connection.

>>Wrong background music of Sudirman's heartbroken songs as they are unfit to reflect the excitement of going back home. Whatever.

>> Sooo excited. :D

>> Imagine the happy face expression of mine. A big grin. Feeling like to jump around and sing aloud.

>> Got this idea entitled Sumpahan perindu sticking in my mind since yesterday. But, keep delaying the writing process as.....later je lah.

>> All lists checked. Ready to make a move. Angkat kaki and bye2 to Adelaide.
Hopefully, the driver wont overslept or should I run to her house in the middle of early morning on the third day of winter.

>> Cannot think and cannot write. Excitement overload. Only Allah knows.

p/s: (Singing) Milik siapakah gadis ini. (Irresistible song of me).

Wednesday, June 1, 2011

bahasa cinta

kalau sekiranya
aku mahu bermadah cinta
sudah lama aku tulis bait2nya.

tapi, aku enggan sama sekali,
lucu dan bikin orang ketawa sahaja,
lebih dari itu- aku malu sendiri.

ada sesuatu sifat,
yang memang sengaja disembunyikan,
agar tidak kelihatan lemah.

bicara orang lama:
kalau tangan panjang sejengkal, jangan menduga laut yg dalam.
Bisa sahaja,
nampak luar biasa perkasa zahirnya,
halusnya didalam siapa dapat menduga.

Ilham dari-
(kelakarnya bc status jiwang2. malu lah weh. sendiri2 sudah. haha)

tak nak balik

nasi masak 2 put pagi tadi: x sempat nak habis sebelum pagi Jumaat

tak telefon org nak mintak tolong hantar ke airport: byk duit nak amek teksi

bilik tak berkemas: masih dlm keadaan hri2 biasa

duit tunai tiada dlm tangan: kalo apa2hal x bo pakai card camne?

Baju2 x berbasuh: nak kempam utk 3 minggu? (gila pengotor)

beg memang x berkemas langsung pun.

pendek cite, x mahu balik. Huhu. Meraunglah mak kat mesia.