p/s: bebudak lab saya, Food Plus di hospital awal tahun tempohari. Best duduk satu lab dg diorang. Happening :)
meja kerjaku-
dibangunan rumah hijau
tak beratap bertingkat dua
letaknya diatas bukit
kerna aku orang muda dg tenaga
ku daki bukit 4 kali satu hari
naik turun tanpa sedikit rungut
sambil berkhayal apa2 yg lucu
kerna itu,
orang pasti melihat aku sering
tersenyum sendiri
* * * * * * * * * *
ada sepasang itik kelabu
bercalit hijau terang dihujung sayap
pasti ada dirumpunan
mencari makan ulat2 kecil
si jantan mengekorku dengan hujung mata
mengawasi gerak geri mencurigakan
aku tersenyum lucu lagi
cuba2 menggertak dan memancing amarah
si jantan
tapi, pernah sekali
kulihat tinggal si betina seorang2
tanpa perlindungan
kutanyakan dalam bahasa ibundaku
"mengapa seorang2 dirimu disini"
dan, si betina semakin menjauh dariku
terlalu takut
fikirku
* * * * * * * * * * * * * *
hampir dengan pintu utama bangunan
ada satu bangku panjang
tempat kegemaran hinggapnya
sepasang burung kecil
bersayap runcing
harapanku sering sahaja
usah terbang kiranya aku melalui
bangkumu
aku gembira kau duduk2 berdua
disitu
tapi, selalu sahaja mereka terbang
bersembunyi di celah2 pepohon hiasan
hanya sekali sekala seekor darinya
tidak endahkan kehadiranku
memang tabiat anehku
bercakap sama haiwan
lebih2 lagi bila yang ada hanya seekor
'dimana temanmu yang satu lagi'
belum sempat ku habis bercakap
seekor itu pun pergi meninggalkanku
* * * * * * * * * * * * * * * * * *
fitrah penciptaan alam
dijadikan setiapnya berpasangan
kelihatan sempurna
kelihatan hebat
aku takjub
pada sepasang itik
pada sepasang burung
semoga mereka
sentiasa ada
bersama sama
biarpun, kadangkala
perlu ditinggalkan
sendiri.
harapannya, cepat2lah si itik
bertelur dan adalah anak2 itiknya nanti.
hehe.