About Me

Saturday, September 3, 2011

Decent english music for kind person like me (tolonglah)



Terperangkap

Langit biru tak berawan
Diluar jendela kecilku-
semuannya kelihatan aman

ruginya pada hari cerah ini
aku terperangkap sama
data dan pengiraan
artikel dan pembacaan

bayi dewasa

Celoteh ibu panjang
Tak pernah berhenti
Ada sahaja yang mahu dikongsi
Dalam tawa, senda atau berhati walang

Paling selalu kudengar
Omelan ibu perihal ragam kakakku
Istimewa kerna dia bayi dewasa
Lelahnya ibu dalam menjaga dia
Tak pernah kelihatan tapi pastinya ada

Hari ini, kakakku tidak mahu makan
Kelmarin, kakakku enggan pakai baju baru
Lauk kenduri si polan terlalu pedas untuk kakakku
Esoknya, kakakku pasti meragam untuk ke rumah penjaganya


Ibu, mengapa kau berkudrat luar biasa sekali
Aku bingung ibu
Dapatkah kuukur sedalam mana kasihmu
pada kakak yang mustahil sekali dapat berdikari
Selamanya menjadi bayi

Dalam doaku ibu
Dalam doaku ibu
Dalam doaku ibu
Semoga Allah mengurniakan
bahagia disini
dan dinegara abadi.