Sesetengah orang memang ada masalah untuk bangun pagi.
Tapi, saya bukanlah orang yang begitu kecuali kalau saya berjaga malam itu.
Selalunya saya berjaga disebabkan tengok movie kat laptop ataupun di tv.
Stay up untuk buat kerja memang sgt jarang dah sekarang ni.
Mungkin sebab pengurusan masa yang lebih teratur kottt.
Haha. Kemungkinan yang agak meragukan.
* * * * * * * * * * * * * * *
Saya pernah baca satu pesanan nasihat mengenai orang yang suka tidur lepas subuh termasuklah
orang yang tidur tapi bangun semula untuk solat dhuha.
Tak tahulah saudara/i pembaca bersetuju atau tidak dengan apa yang dikongsikan.
Kata2nya lebih kurang macam nilah; orang yang suka tidur lepas subuh adalah orang yang tidak
bersyukur dan sangat angkuh dan bongkak pada yang memberi rezeki, Allah sebab terang2an waktu pagi itu adalah waktu pintu rezeki terbuka dengan luas.
Waktu mula2 baca tu macam...hurm, ok. whatever.
But, kata2 mesej yang agak panjang tu seringkali pula diimbas semula dalam kepala ni setiap kali bangun lambat waktu pagi.
Tidak ada keraguan langsung dalam kebenaran kata2 itu.
* * * * * * * * * * * * * * * * *
Saya jujurnya selalu rasa bersalah kalau waktu terluang saya terbiar begitu sahaja dengan bermalas malasan. Senang kata, orang yang tidur selepas subuh adalah orang yang pemalas.
Super duper pemalas. Kaki tidur. Tidak ada matlamat hidup. Tidak fikir jauh.
Dang. Semuanya itu adalah label2 yang saya tak nak ada kaitan langsung sepanjang saya hidup ni.
Malangnya, dengan keazaman yang rapuh, saya tak fikir tidur selepas subuh adalah masalah besar, kronik dan serius.
* * * * * * * * * * * * * * * *
Saya memang ada masalah kehidupan yang paling serius, penyakit paling bahaya bila tak mahu berhenti tidur lepas subuh.
MEMANG SILAP BESOOOOOR!!!!!
Perjalanan hari saya yang dimulakan dengan tidur pagi terasa sangat pendek dan rugi, walhal saya membuat kerja2 secara produktif, cekap dan cepat sekali pada sebelah tengahari/petang.
Saya mula berasa sangat yakin, mungkin 80% rezeki saya untuk hari itu telah lebur atau lesap dimamah oleh bahang pagi disebabkan saya terlalu sibuk bergolek golek diatas tilam empuk.
* * * * * * * * * * * * * * *
Untuk berapa juta kesekian kalinya, saya berasa menyesal dengan amalan tidur selepas subuh.
Saya tak akan mati pun kalau tak tidur cuma itulah, orang yang pemalas dan dungu akan buat juga berulang ulang kali sebab rasa itulah keenakan nikmat rezeki pagi yang paling tak boleh dilepaskan.
Hakikatnya, adalah sebaliknya.
* * * * * * * * * * * * * *
Kalau hendak dan mahu, gunung api pun aku sanggup daki dan tawan.
Inikan pula tidur lepas subuh.