( blog ini semakin hari semakin jadi peribadi)
Adat orang gila, pasti tidak mahu mengaku dia gila.
Samalah seperti orang bersalah, tidak mahu mengaku hingga ke sudah.
Meskipun pesalah tahu dan sedar atas tindakan dosanya.
Ah, aku lah si pesalah itu.
* * * * * * *
Rasa berdosa ini senantiasa tersimpan kejap dalam sanubari.
Tertanam jauh dilubuk paling dalam di mantel hati.
Dalam tenang air di wajah, tersembunyi gelora ombak di musim tengkujuh.
Fikiranku sejak empat tahun ini, hanyalah menyalahkan diriku yang mendung tanpa awan.
Gerak langkahku dipaksa maju kehadapan dengan kabus tebal sikap lewa dan gila2 ku mengaburi orang2 disekeliling yang aku bukan seorang pesalah, bukan seorang pendosa.
Sehinggakan diriku sendiri turut tenggelam dalam tebalnya penipuan fikiranku sendiri.
* * * * * * * *
Dosa apakah sehingga empat tahun aku berpetualang tanpa arah dalam daya fikirku yang sengaja dilemahkan dan gerak lakuku yang penuh makna yang berselirat.
Supaya setiap orang jadi keliru dan turut ditipu.
Aku adalah pendosa yang tidak mahu mengaku berdosa.
Salahkah aku jadi seorang optimis?
Salahkah aku jadi orang yang sentiasa bersangka baik sama Tuhan?
Salahkah aku jadi orang yang redha makan bubur dari nasi?
Asalkan aku kenyang..semuanya tidak mengapa.
* * * * * * * *
Dosaku..kau mahu tahu?
Aku tak malu untuk mengaku.
Melepaskan batuk ditangga.
Segala acara selama 4 tahun ini, semuanya adalah NAJIS.
Maaf.
Tapi, itulah kebenaran.
NAJIS ORANG YANG MAKANNYA TAK PERNAH HADAM.
MULUTNYA PENUH GIGI, TAPI KUNYAHNYA SEKALI.
NUTRISINYA TAK PERNAH CUKUP.
NAJISNYA BERBUTIR2 NASI & BERDAUN HIJAU.
Jasadnya...hidup segan mati tak mahu.
(p/s: pengaruh dari cerpen2 baharuddin cd.)