Salah satu tugas seorang penyelidik adalah menghadirkan diri ke seminar.
Bukan satu tapi banyak sekali.
Di seminar tersebut, setiap orang dipaksa rela mendengar perkembangan terbaru
daripada penyelidik lain.
Antara senarai tugas yang boleh seorang penyelidik manfaatkan semasa seminar;
1) Penemuan terbaru dalam bidang anda
2) Berkenalan dengan penyelidik2 seangkatan dengan anda
3) Hubungan sosial mungkin?
4) Memenangi segala macam hadiah dan kenamaan yang dipertandingkan
Itulah yang saya dapat pada hari ini.
Kalau seminar itu dibuat di negara2 lain; Portland, China etc2, berpeluang juga untuk melancong dalam tempoh seminggu dua.
Tapi selalunya, tahun ke-3 pHD anda berpeluang ke seminar di negara lain.
Perkara yang paling penting perlu diingat, menjadi seorang penyelidik adalah tempoh paling sunyi dalam kehidupan anda. Ini kerana;
1) Kebanyakan masanya adalah dalam lab, bersama dengan supervisor anda
2) Kawan2 anda terhad kepada teman satu kumpulan penyelidik yang sama
3) Tugasan2 yang sangat 'mengerah' daya intelektual anda untuk bekerja secara sendiri (tidak terlalu bergantung pada supervisor)
4) Faktor budaya yang berbeza (disebabkan Australia adalah negara barat, mungkin kalau di negara Asia yang lain tidak terlalu bermasalah)
Pendek cerita, saya tak rasa saya ini berkebolehan tinggi nak buat pHD dalam masa terdekat.
Lebih daripada segalanya, saya sangat memerlukan sistem sokongan hidup dalam menghadapi masa2 sukar tersebut, iaitu keluarga tercinta.