About Me

Monday, November 7, 2011

Adu ibu

Aku pendengar yang setia
Setiap bicara kusantuni seadanya
Kufahami makna2 disebaliknya
Walau mungkin aku tak mampu punya
rasa yang sama

Aku adalah tempat mengadu ibu yang kedua
Mengantikan tempat nenda yang duduk
di alam baqa
Tika kecil aku sering mendengar ibu berkeluh
di hujung telefon waktu semuanya lena
Siapa lagi kalau bukan ibu bicara sama nenda

Aku dan nenda adalah berbeza
Nenda pengalaman hidupnya luas
Nasihatnya pasti bernas2
Anak gadis ini hanyalah orang muda berhingus
Hidup adalah satu lautan lemas

* * * * * * * * * * * * * *

Pernah ibuku adu padaku
Hairan ibu
Tak wajar bilang ibu
Adik2 perempuan ayahku
Sukar sekali mahu pulang melihat nendaku
Nendaku yang semakin dimamah waktu

Sibuk amatkah?
Kerja sendiri tiada majikan tapinya
Ayah yang kerja makan gaji lebih dari rajin melihat nenda
'Hairan terlalu menghairankan' ibu jelas tidak gembira
Mereka beruntung nenda masih panjang umurnya
Masih ada peluang membalas segala jasa nenda
Sekiranya dipanggil pulang dalam sekelip mata
Semuanya pasti menyesal dengan seribu dosa

Aku diam panjang sekali
Ini bukan semata2 aduan
Ini adalah nasihat untuk diriku dimasa hadapan
Bila terlalu leka dengan 'aku punya' kehidupan
Apakah insan2 yang tak ternilai harganya-mestiku korbankan?!

* * * * * * * * * * *
Ibu,
anakanda pulang ke tanah air
dengan rela hati
agar giliran ibu pula ku sayangi
sepenuh hati
seperti aku diulit sayang tika bayi.