Jam ini jam acara memasak memuncak
Kurang bijak kalau masih mahu berasak
Agak malang kalau lapar beraja di otak
Dapur yang dua jadi tempat 4 orang berentak
Pak cik bermata sepet (kusangka cina rupanya Filipina)
Ada semangkuk besar daging cincang
Aku enggan tahu daging apa, bimbang
Itu adalah haiwan darat bermuncung panjang
Datang pula pak cik kedua
Berbual rancak ditelefon bimbitnya
Ruang yang sedia sempit semakin terhimpit
Terdesak aku- segera masak lauk dengan kadar paling cepat
Paling bikin aku terkaku
Gadis tinggi lampai pula menghampiriku
Boleh aku masak di dapur mu
Ucapan terima kasih nya disambut beku
Akhirnya, aku ke jendela di sinki
Terlihat pemuda Laos diluar sewaktu mencuci
Melihat2 kebun kecil
yang baru berumur kurang satu purnama
Makan aku dengan penuh kenikmatan
Ayamku setengah masak tapinya