(Mood: super duper malas menggunakan segala kebijaksaan otak yg ada.tapi, dikerah juga).
Hujung minggu dengan isi
Alhamdulillah. Banyak tetamu jemputan ternama Malaysia datang melawat Adelaide.
Jadi, banyaklah program ilmiah yang dianjurkan setiap hujung minggu.
Kalau di Canberra dahulu, terpaksa naik bas 3 jam ke Sydney untuk mengikuti program2 jemputan dari Malaysia. Antara jemputan yang masyhur adalah seperti Dr Zainur Rashid.
Alhamdulillah juga. Seorang pelajar dengan projek penyelidikan punya masa terluang sepenuhnya pada hujung minggu. Tidak ada langsung tugasan dan peperiksaan seperti pelajar2 lain.
Dalam erti kata lain; masa yang terluang itu boleh dimanfaatkan dengan ilmu2 kerohanian.
Kalau dibiarkan kosong, rugi. Lebih rugi kalau yang ada dalam dada, hanyalah ilmu2 keduniaan tanpa roh. Tak bermakna.
Palestin adalah asas kepada kesatupaduan ummah
Dr Hafidzi memulakan perbincangan tentang konsep paling asas dan paling utama, punca kepada segala kepincangan yang berlaku dalam ummah hari ini.
Semangat individualistik (kenegaraan) yang terlalu tebal melebihi semangat satu agama.
Dr Hafidzi berbicara dari konsep perpecahan di negara2 Arab; asalnya dibawah satu pemerintahan Khalifah Uthmaniah yang kemudian mula ada negara2 yang mahu menuntut kemerdekaan sendiri atas semangat kenegeraan.
Dan, perpecahan adalah titik punca paling utama kepada segala kelemahan dan kebinasaan.
Musuh yang memerhati dalam diam mula bertindak dengan agenda tipu muslihat demi kepentingannya; wang dan kuasa.
Situasi di Malaysia
Banyak sekali cerita2 yang saya dengar, baca dan alami sendiri.
Saya merasakan orang Islam di Malaysia tidak menghargai nikmat iman dan Islam yang dimiliki disebabkan persekitarannya yang sangat 'Islam'. Mereka tidak merasakan dengan beragama menjadikan mereka seseorang yang lebih istimewa daripada yang tidak beragama.
Oleh disebabkan tidak adanya atau kurangnya orang tidak beragama dikalangan orang2 Malaysia, mereka tidak dapat melihat kelebihan2 ini.
Biasa2 sahaja. Ada agama ataupun tiada. Sama. Tiada beza.
Rasionalnya dengan isu Palestin
Saya pasti. Ramai yang tersangat bosan dengan isu ini. Isu lapuk. Seperti tiada kesudahan.
(Angka korban. Ditembak mati. Di bom). Jujurnya, saya juga begitu dahulu. Haha. Mudah cerita, Palestin tidak ada harapan untuk merdeka.
(bersambung.....).