Jikalau aku bertemu manusia lain,
Di satu perjalanan yang pendek mahupun panjang,
Pasti sekali disitu ada manusia2 bacul.
Didalam bas mahupun ditepi lorong,
Manusia2 bacul yang berpura2 tuli dan buta,
Dengan telinga yang disumbat-
alat pendengaran kepada bunyi2an tiruan,
Dengan mata melilau entah kemana2 arah.
Mengapa bacul sekali mereka?,
Memisahkan diri dari alam nyata dengan sengaja,
Bersembunyi disebalik dunia sendiri dan enggan peduli
dengan alam seisi.
Ah, kiranya mereka mungkin janggal dengan orang2 disekeliling,
Atau malu sekadar hanya mahu bertentang mata,
Bagiku, semuanya adalah dasar KEBACULAN,
Penakut.
Siapakah aku mahu menghukum,
Ini hanyalah pemerhatianku didalam satu perjalanan.
Mungkin, ada perjalanan lain yang belum kutempuh,
Perjalanan orang2 dengan keberanian.