Melihat luaran saya, kelihatan benar saya ini orang muda dengan pengalaman cetek tentang kehidupan. Sekali diuji dengan hal yang 'luar biasa', mudah benar melatah.
Dari sebab saya kini di dalam persekitaran golongan tua lebih ramai daripada golongan muda. Seorang darinya begitu iri dengan kemudaan yang saya miliki kini. (Iri dalam cara yang baik).
Banyak sekali nasihat2 yang dipesan dikala waktu beramah mesra.
Ini kisah yang panjang sekali.
Saya bertemu beberapa perempuan dengan kisah2 mereka sendiri. Dan, saya cuba belajar dari kerana umur saya yang terlalu mentah. Kelak tiba waktunya, saya sudah bersedia dengan sesuatu di tangan, pengalaman dari orang lain;
sebagai payung dikala kehujanan, sebagai pedang di waktu pertempuran.
Ini kisah yang panjang sekali.
Kisah perempuan2 yang saya kagumi serta kasihani.
Inilah yang ingin saya kongsikan, dari pengalaman diri sendiri.