About Me

Sunday, May 22, 2011

Biskut yang ke-100




Salam. (senyum).



Gembira dapat menulis. (giggle)




Sempena trial yang ke-3 dan berjaya membakar biskut yang ke-100, saya turut mendapat sebuah PC baru (baru yang baru) di pejabat lain. Hehe.



Biskut2 bahan kajian saya adalah biskut yang tidak halal. Menggunakan margerin dengan lemak haiwan. Saya cuma dapat hidu bau sahaja (yang memang best). Kalau halal, lapar2 lama dah masuk perut. Masaklah extra satu, dua biskut. Bukan, SV tahu pun. Hehe.


Extra dough, at the end always go into the bin. Isn't that a big waste?.





Biskut. Hanya saya seorang budak honours yang buat kajian pasal makanan aka FoodPeople. Bila dibandingkan dengan budak pure molecular biologist, PlantSciencePeople, saya faham projek mereka bagaimana.


Sebab, saya dahulu seorang PlantSciencePeople. Rindu sebenarnya nak belajar dan buat kerja dalam lab yang seorang saintis sebenar buat. Kui3. (konon2lah).


Dapat soalan yang memang bagus pagi ni daripada budak Cina Malaysia. Namanya Li Cheah.
Selalu terlebih happy sikit kalau jumpa dia. Sengih tak kering gusi.
Tak de sebab. Saya selesa dengan dia. Itu je.


"Do you think you like doing research after this?. I dont find it interesting. BORING. I will work after this".


Penyelidikan. Kerja seorang penyelidik.

Sunyi. Seorang.

Itu je yang buat saya kurang tertarik. Lain2 tu saya suka.

Uli tepung hari2 dalam makmal. Seronok. Hehe.


*/P.s: Bahagian menulis dan membaca pun mesti seronok juga cik adik. Huhu.
Hujan sejuk macam ais bermula lagi. Beku otak.