About Me

Monday, May 30, 2011

Mimpi: Pilu

Dalam kegelapan malam,
Dingin yang tidak dirasakan,
Rintik hujan yang tidak terdengarkan,
Kembara alam mimpi pun bermula.

Hangat mesin penghawa,
Empuknya bantal2 tebal dikepala,
Tebalnya selimut mengulit badan,
Kisah mimpi pilu mengembangkan prosa2nya.

Aku, adalah manusia yang ditinggalkan,
Ditinggalkan oleh setiap insan tersayang,
Satu persatu pergi tanpa ucapan-
Selamat Tinggal padamu,
Keseorangan dan kehilangan.

Kepiluan menghiris setiap nadi rasa,
Tangisan bertukar ratapan orang gila,
Dalam kegelapan mimpi dan malam,
Hatiku hancur dan punah sekelip mata.

Tersentak aku dari mimpi pilu,
Dari sesuatu yang ghaib dari alam nyata,
Bangunlah segera,
Usah meratapi kehilangan di alam ilusi.

Pertemuan

Hidup ini sungguh sementara,
Masa berlalu tanpa sebarang pesan,
'Aku kini sudah semakin ke penamat-
wahai insan'.

Ruang lingkup duniaku terhad,
Dari pendeknya waktu kehidupan,
Satu keajaiban yang aku sungguh terujakan-
adalah pertemuan.

Diluar harapan dan pengetahuan,
Pertemuan terjadi dengan insan2,
Dari kebetulan.

Ajaib sungguh pertemuan,
Yang kemudian membenih persahabatan,
Tersimpul erat dalam pendeknya kehidupan.

p/s: kena diperbaiki lagi ni.

Balik kampung



Not much too say. Cannot wait the moment to come.


3 weeks hooolidays. Some reading and writing task. That's all I need to worry about.


Then, akak Myer asked me again about going to Tasmania.


She said she always miss me as I am her only and obedient photographer (kes buli adik lebih kecik sebenarnya). But, I never bother of being bullied. In some way of looking at it, I have a big sister for me to nag on. Hahaha.


So, should I sing my theme song for balik kampung by Sudirman.

That's song always be my number one favourite song since I was in boarding school, as the holidays get closer.


And, I wont see makwe depan rumah for the next two months since she also going back to Sarawak in July for a month.


Hopefully, all my fellows who share kitchen with me (almost all guys; P.Cik Vietnam, P.Cik Singh, P.Cik Iraq, P.Cik Pakistan etc2) wont feel a kind of lost without me around the kitchen once a week doing my cooking. Muahahaha (tersangatlah budget).


Besides, I wont see my two French lab mates (who works on bread) after my holiday. They will end their project and off to France during my balik kampung period. Do I need to feel sad?. Indeed, I am. I like one of the girls. She's very nice to me.


I do feel I am happy with my lonely life actually. No. Lonely is not accurate.

But, I could not find the right word to describe it.


The office too is not so bad at all. Still quiet, but there are some mak cik who are really noisy. Talking non stop in the tea room with very loud volume.


At least, I know there is human life being breathing in this cold-blooded office.

Hahaha.


Enough thinking. I do a lot of heavy stuff thinking recently. I start feel bored about them.


Hahaha. Nonsense stuff also included. Oh, now I remember. Idea seems to come.


Ciao for now. Adios.


Thursday, May 26, 2011

Cincin di jari manis

Cincin pemanis jari,
Orang yang memakai pun naik seri,
Lebih2 lagi kalau empunya diri masih sendiri.

Namun, cincin sering disalah erti,
Timbul ragu2; si dara sudah berpunya belum,
Cincin antara petanda sudah dimiliki,
Tidak boleh diganggu lagi.

Bertenang saudara,
Kalau saudara punya hasrat mulia,
Tak perlu gusar bertanya si dara,
Bertanya sahajalah dalam mencari kepastian,
Jangan menggantung cita dan harapan pada sangkaan,
Rugi kiranya sangkaan silap.

Si anak dara punya banyak sebab,
Punya cincin di jari manis,
Sebagai hiasan semata,
Mahupun ujian pertama,
Kalau benar2 berkenan sila buktikan,
Melalui keberanian.

Keberanian dalam mengetahui kebenaran.

Wajah berkulat

Wajah dan kulat,
Kulat dan wajah,
Pernah kau lihat kulat tumbuh diwajah?.
Jerawat pasti sekali, tapi kulat?.

Kulat tumbuhnya melata,
Dihidung, di dahi, dipipi, didagu,
Warnanya hitam sedikit merah dan kelabu,
Tompok2 kulat membuat si wajah kelihatan dungu.

Dungu yang pertama,
Tidak tahu menjaga kebersihan diri,
Dungu yang kedua,
Tidak berusaha meracun kulat dari terus melata,
Dungu yang ketiga,
Tidak malu daripada kelihatan dungu.

Wajah dan kulat,
Kulat dan wajah,
Pernah kalian merenung wajah sendiri di cermin,
Mana tahu ada kulat sedang mula membenih.

Ini kulat aneh dan jelek sekali,
Pada mata yang melihat, hodohnya ketara,
Tapi, pada mata sendiri, tidak apa2,
Dan, tetaplah si wajah itu dengan kulat yang hidup subur sekali.

Kerna, si wajah tak pernah cuba,
Merenung wajah dalam2 dicermin,
Meracun segala benih kulat,
Dari terus bercambah dan bercambah lagi.

Sedangkan mata yang melihat,
Dalam bisu mereka mengeji,
Lihatlah si wajah yang berkulat itu.
Dungu serta hodoh.

Manusia2 bacul

Jikalau aku bertemu manusia lain,
Di satu perjalanan yang pendek mahupun panjang,
Pasti sekali disitu ada manusia2 bacul.

Didalam bas mahupun ditepi lorong,
Manusia2 bacul yang berpura2 tuli dan buta,
Dengan telinga yang disumbat-
alat pendengaran kepada bunyi2an tiruan,
Dengan mata melilau entah kemana2 arah.

Mengapa bacul sekali mereka?,
Memisahkan diri dari alam nyata dengan sengaja,
Bersembunyi disebalik dunia sendiri dan enggan peduli
dengan alam seisi.

Ah, kiranya mereka mungkin janggal dengan orang2 disekeliling,
Atau malu sekadar hanya mahu bertentang mata,
Bagiku, semuanya adalah dasar KEBACULAN,
Penakut.

Siapakah aku mahu menghukum,
Ini hanyalah pemerhatianku didalam satu perjalanan.
Mungkin, ada perjalanan lain yang belum kutempuh,
Perjalanan orang2 dengan keberanian.

Wednesday, May 25, 2011

'Tak perlu risau'

Penyataan diatas sudah diulang terlalu banyak kali kepada diri ini.

Mula2 tu tak perasan pun. Tapi, bila semakin ramai orang mengulang ayat yang sama.

Samada dalam Bahasa Inggeris (dari Atuk Colin) atau Bahasa Melayu (ramailah), saya fikir saya ada masalah berfikir terlalu banyak merisaukan tentang sesuatu diluar kawalan diri sendiri.

Selalunya tentang orang lain dan kalau dalam kes belajar, eksperimen dimasa hadapan.

Huu. Perlu atau tidak risau atas sebab suka risau ini.

Putar belit alam sungguh.

P/s: Rasanya dah ada sifat2 dari emak telah diwarisi didalam diri ini. Risau yang melampau sehingga merimaskan. Nasiblah anak2ku nanti. Haha.

Rasanya, semakin hari, semakin banyak persamaan sifat dengan emak berjaya dikenali. Nak buat macamana kan. Genetik.

Peperangan no 1- Diri sendiri

Ketahuilah, dalam diri ada banyak puak yang sentiasa berperang antara satu sama lain.

Dan, jihad yang paling besar itu adalah melawan hawa nafsu.
Dan, sabar yang paling mantap itu dalam melaksanakan perintah Allah.

Inilah kekuatan yang saya sedang kerah dalam setiap hela nafas waktu ini.
Terasa sungguh kudrat melawan ini diuji dengan ujian sangat berat.

Bertahan Fazilah dan sila lawan dengan segala senjata yang ada.
Lawan dan terus lawan. Sehingga lah tergadai nyawa. (ceh wah. hiperbola sungguh).

Tuesday, May 24, 2011

Dunia Perempuan: Intro

Melihat luaran saya, kelihatan benar saya ini orang muda dengan pengalaman cetek tentang kehidupan. Sekali diuji dengan hal yang 'luar biasa', mudah benar melatah.

Dari sebab saya kini di dalam persekitaran golongan tua lebih ramai daripada golongan muda. Seorang darinya begitu iri dengan kemudaan yang saya miliki kini. (Iri dalam cara yang baik).
Banyak sekali nasihat2 yang dipesan dikala waktu beramah mesra.

Ini kisah yang panjang sekali.

Saya bertemu beberapa perempuan dengan kisah2 mereka sendiri. Dan, saya cuba belajar dari kerana umur saya yang terlalu mentah. Kelak tiba waktunya, saya sudah bersedia dengan sesuatu di tangan, pengalaman dari orang lain;

sebagai payung dikala kehujanan, sebagai pedang di waktu pertempuran.

Ini kisah yang panjang sekali.

Kisah perempuan2 yang saya kagumi serta kasihani.

Inilah yang ingin saya kongsikan, dari pengalaman diri sendiri.

Lossing herself

You know something really does go wrong with yourself, without you really see it.

You just knew it. If you are that kind of person who is really taking care of herself more than other stuff happening around her. In her own world, almost all the times.

That's me.

On whatever reasons, I am ignoring it. Just too lazy to think about it. Kui3.

Then, the final alarm is ringing. Is it too late for me to mend the condition?.

My biggest weakness in my life at this time set the alarm. I dont need to tell you what it is. Do I.

So, here I am, rushing back for my source of serenity; Al- Quran. Definitely.

Sunday, May 22, 2011

Biskut yang ke-100




Salam. (senyum).



Gembira dapat menulis. (giggle)




Sempena trial yang ke-3 dan berjaya membakar biskut yang ke-100, saya turut mendapat sebuah PC baru (baru yang baru) di pejabat lain. Hehe.



Biskut2 bahan kajian saya adalah biskut yang tidak halal. Menggunakan margerin dengan lemak haiwan. Saya cuma dapat hidu bau sahaja (yang memang best). Kalau halal, lapar2 lama dah masuk perut. Masaklah extra satu, dua biskut. Bukan, SV tahu pun. Hehe.


Extra dough, at the end always go into the bin. Isn't that a big waste?.





Biskut. Hanya saya seorang budak honours yang buat kajian pasal makanan aka FoodPeople. Bila dibandingkan dengan budak pure molecular biologist, PlantSciencePeople, saya faham projek mereka bagaimana.


Sebab, saya dahulu seorang PlantSciencePeople. Rindu sebenarnya nak belajar dan buat kerja dalam lab yang seorang saintis sebenar buat. Kui3. (konon2lah).


Dapat soalan yang memang bagus pagi ni daripada budak Cina Malaysia. Namanya Li Cheah.
Selalu terlebih happy sikit kalau jumpa dia. Sengih tak kering gusi.
Tak de sebab. Saya selesa dengan dia. Itu je.


"Do you think you like doing research after this?. I dont find it interesting. BORING. I will work after this".


Penyelidikan. Kerja seorang penyelidik.

Sunyi. Seorang.

Itu je yang buat saya kurang tertarik. Lain2 tu saya suka.

Uli tepung hari2 dalam makmal. Seronok. Hehe.


*/P.s: Bahagian menulis dan membaca pun mesti seronok juga cik adik. Huhu.
Hujan sejuk macam ais bermula lagi. Beku otak.

Penin dah den..

Huhu. Kenapalah blog di Yahoo Pulse telah dimansuhkan.

Sedih ni. Paksa rela tulis di Blogger.

Blogger ni medium yang sangat popular.

Kurang berkehendak ke tempat2 popular.

On whatever reasons that I wont explain. Even to myself.

Haiyaa. Haiyaa lagi.

Aiyoo pulak lah. Hahaha.