About Me

Monday, December 10, 2012

Kesaktian I

Ada manik manik halus dari langit jatuh. Berkilauan, sehinggakan mata menjadi silau seperti ada kilat sedang memancar. Seperti pancaran kilat juga, kilauannya hanya seketika sahaja.
Semua yang melihat kejadian di dinihari itu rasa seperti tidak percaya.
Adakah benar atau tidak apa yang mereka lihat tadi?
Cahaya dikala dinihari yang berbalam balam menambahkan lagi rasa sangsi mereka.
Mari kita lihat siapa yang pertama pergi memastikan kejadian itu.

Setelah hampir seminggu, kejadian yang sama berulang ulang kali berlaku.
Semua orang sudah mula berbisik bisik bertanyakan satu sama lain.
Namun, masih tiada lagi yang berani mencari punca dari mana.
Ini mungkin petanda kesaktian mahu mula bertapak di tempat semua orang itu berada.
Hal ini kerana, pernah satu ketika dahulu ada kejadian aneh berlaku dibawah tanah.
Tanah dilaman mereka mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan pada waktu senja.
Apabila malam, kedengaran seperti tanah mula bergerak, seperti pasir dipijak pijak orang.

Waktu itu, mereka semua menyalahkan kilang di kawasan berhampiran.
Kilang membuat kertas itulah yang menyebabkan tanah dicemari dan luar biasa jadinya.
Mesyuarat segera diadakan hampir berminggu minggu lamanya mencari penyelesaian.
Sehingga orang orang jadi muak dengan mesyuarat, kerana asyik berbincang tapi kertas kerja bantahan
masih juga belum disiapkan untuk dihantar ke pihak atasan.
Akhirnya, 3 bulan selepas perbincangan yang panjang kertas kerja berjaya dihantar.
Namun, tindakan yang diharapkan tiba seperti mengharapkan bulan jatuh ke riba.
Kejadian tanah yang luar biasa itu pula sudah mula dibumbui dengan kisah kisah mistik,
dek kerana terlalu lama masa yang diperlukan untuk bantahan kepada pihak atasan.

Pihak majalah untuk kisah kisah mistik mula datang meninjau ninjau keadaan.
Sedangkan pihak berkuasa entah dimana batang hidung mereka.
Entah bagaimana ianya bermula, semua orang mula mengaitkan kejadian aneh ini
dengan kewujudan Tuk Bongkok yang pernah dikatakan muncul menemui orang orang
alim di situ pada zaman dahulu. Kaum kerabat Tuk Bongkok segera dicari untuk ditemu ramah.
Namun, mereka masing masing tidak memberikan sebarang maklumat yang diingini oleh wartawan2
pihak majalah mistik itu. Hanya seorang anak muda yang tampil.