About Me

Thursday, August 11, 2011

kekuatan (Rundell street)


dipertengahan jalan
ribut sekali dengan ratusan yang lain
pejalan2 kaki yang bersimpang siur
mundar mandir dengan pelbagai acara
aku melihat seseorang di pinggiran jalan

seorang peniaga barangan emas
kedainya baru dibuka pada hari itu
hari perasmian yang ulung
meneriak memanggil orang ramai ke kedainya
yang baru serta serba sederhana

hatiku seperti terhenti sejenak
wajah peniaga itu jerih
hampir putus asa
tak siapa ambil peduli
tapi diteruskan juga teriakannya

'Ini jualan pertama kedai kami'
' Harganya dijamin berpatutan'
' Mari2 ke kedai kami'

lihatlah, dunia bukan sekadar mengujiku
tapi juga menguji manusia2 disekelilingku
dari mana kekuatan itu muncul. . .

sebenarnya. .?


* * * * * * * * * * * * * * *

seberapa ramai yang bersyukur
terlalu sedikit hakikatnya
dalam perjalanan pulang menaiki bas
ada penumpang perempuan muda
berkot merah labuh
rupanya yang nampak sihat
hanyalah penipuan semata2

kakinya sedikit cacat
jalan2nya perlahan sekali
jelas kekuatan sangat diperlukan
untuk sekadar satu tugasan harian

* * * * * * * * * * *

kekuatan
sejak dari kecil
apa yang ingin sekali
ku miliki
adalah kekuatan

biar nampak lemah fizikal
lebih utama
kekuatan rohani

kerna hidup ini satu ujian.