About Me

Monday, August 29, 2011

Ketawa Nakal

Ibuku, kebelakangan ini
sering sekali
ketawa nakal
serta manja

Lebih dari senang
aku mendengarnya
seperti alunan merdu
dari syurga

Agaknya, dari situ
sengih nakalku diwarisi
dari pertalian darah
ibu dan anak.



Saturday, August 27, 2011

Raya

musim bunga semakin menghampiri
ada hangat yang menyenangkan
ada kunntuman2 halus sakura dibawa angin
dan aidilfitri pun menjelma

maaf buatmu,
aku tak terasa mahu bersuka ria,
melainkan hanya meneruskan hari2ku
seperti biasa



Thursday, August 25, 2011

Usah percaya



Kalau orang bilang
bulan itu satu
matahari itu satu
bumi itu bulat

Mestikah kau percaya
bulat bulat?
Meskipun itu semua
adalah fakta..

Mestikah kau percaya
sebelum punya bukti?
sebelum punya saksi?
sebelum punya analisa sendiri?

Terlalu banyak fakta
Dalam dunia orang2 bijaksana
Bisa menulis serta bercereka
Dalam adunan pelbagai warna

Mana mungkin lagi
Kau bisa membezakan
yang batil dan yang benar
setiap orang ada agenda dasar
dalam samar

Oleh itu,
USAH KAU PERCAYA
SETIAP YANG KU SELOKA
DALAM PUISI DAN MADAH
YANG MUNGKIN KEDENGARAN POLOS

Kerna,
aku manusia,
dalam sedar atau tidak,
aku boleh berdusta.

Monday, August 22, 2011

alkisah cinta...(karut ah?!)



Alhamdulillah. Hari ini sgt sibuk. Mujur masuk awal ofis. Awallah dari biasa.






Nak rileks jap, tulislah citer karut nih. Haha. Citer sendiri sebenarnya.









Pencarian cinta yang selalu silap






Sebenarnya, saya tak terlalu mengisahkan pun pasal cinta2 ni.



Saya senang dg hidup sendiri dg keluarga dan sahabat rapat.



Bila usia semakin meningkat, keadaan menghimpit saya untuk mencari cinta.






Siapa calonnya? Apa ciri2 utama yg saya idam?



Saya tak tahu secara pasti.



Kalau ada iras2 seperti abah saya, saya kira itulah yg ideal.



Hehe.









Tindakan orang yang terhimpit aka terdesak






Haha. Adakah bermakna disini saya sangat mahu ada lelaki?.



Kelakarnyalah. Jujurnya, saya tak kisah.



Tawar hati dan bosan.






Mengenangkan mak, abah dan ahli keluarga terdekat yang semakin



galak bertanyakan hal ini, saya jadi orang yang terdesak. Gila terdesak.






Dari sekolah lagi, saya kurang bergaul dengan teman2 sebaya.



Saya senang sendiri dalam rumah, dengan urusan sendiri.



Bila naik sekolah asrama, saya cuma kenal lelaki dalam kelas saya sahaja.



Malu sangat nak angkat muka kalau berdepan.






Haha. Tapi, selalunya saya buat muka ketat, konon2 berani.



Sekarang pun macam tu juga. Selalu sangat.






Bila dalam persediaan ke Australia, saya mula mengenal dunia2 cinta ini.



Nak pula berkawan dengan orang2 yg bercouple.



Saya mula berjinak2 dengan kaum ajnabi, tapi dengan cara yang selalu silap.









Akan selalu silap dan berpelakuan janggal






Saya orangnya senang dalam dunia sendiri, tapi sangat mudah mesra dengan sesiapa yang sudi menghulurkan persahabatan.






Dan, saya tak segan2 memulakan persahabatan, dan sayang sekali kalau terputus atas sebab2 tak munasabah. Dengan kawan2 perempuan, sy sangat jaga hal ini.



Alhamdulillah, Allah kurniakan seorang dua teman akrab dunia akhirat bila saat2 sangat memerlukan.






Alhamdulillah sangat.






Tapi, berbeza bila saya cuba menjadi teman tapi mesra dengan lelaki.



Hal perasaan memang tak boleh dielakkan. Berkali2 tersalah faham salam persahabatan itu.






Disebabkan, saya tak pernah tahu cara berkawan dengan lelaki.



Dan, saya sangat rapat dengan adik lelaki saya.



Itu jelah adik yang saya ada.






Selalu citer kat dia pasal ni, tapi cara dia nasihat tu kasar.



Dan, saya kena tahan kekasaran tersebut. Huhu.






Kisah paling baru






Haha. Ini bukanlah kali pertama saya buat hal pengakuan berani mati ini.



Ini kali kedua.



Berani tak bertempat, pernah ada orang cakap.






Kali pertama dahulu, sampai sudah tak berhubungan dengan kawan tersebut.



Tapi, saya tak simpan apa2 dendam atau marah dengan dia.



Saya gembira dia menolak saya sebab dia mahu jadi orang yang lebih baik.



Alhamdulillah.






Tapi, yang kisah baru ini, kawan tersebut bukanlah orang yang baik2.



Dan, saya banyak makan hati dan sedaya upaya bersabar dengan reaksi selepas dia diberitahu.






Alhamdulillah lagi.



Allah selamatkan saya dengan penolakan ini daripada masalah dimasa hadapan yang saya tak boleh fikir sekarang.






Sangat bersyukur






Alhamdulillah setinggi2nya atas kurniaan nikmat iman dan islam ini.



Ya Allah, masukkanlah aku dalam golongan orang2 yang sentiasa bersyukur.



Amiin. :D










Saturday, August 20, 2011

hati yang sakit



suatu kesakitan
secara lahiriah
secara batiniah
tidak pernah-
tidak payah


jasad dengan barah
terlalu lemah
layu serta longlai
azab dunia-
yang kecil serta azali
sehingga akhirnya mati


bagi yang muda
bagi yang tua
seksanya badan
terkandung racun

pengertiannya-
adalah sama sahaja
semuanya adalah derita

yang pasti
dan mesti
dicari ubat
untuk kembali sihat

* * * * * * * * * * * * * * * *

sakitnya luka dijari
segera tampak dimata
boleh segera dirawati
agar tidak terus dideritai

sakitnya hati bila dibohongi
dimain2kan seperti guli
dilambung dan dilontari
mengikut selera sang jari jemari

sakitnya hati bila cuba menerima
nikmat seorang teman punya
yang juga kekurangan nyata anda
dan, benih2 hasad pun jadi berganda

bagi yang muda
bagi yang tua
luka di hati
tidak pernah ketara
di mata
tapi tersembunyi

pastinya,
lebih sukar
lebih mencabar
perlu banyak sabar
untuk
dirawati dan diubati

kerna pengertiannya-
adalah sama sahaja
semuanya adalah derita

yang pasti
dan mesti
dicari ubat
untuk kembali sihat



p/s: punya susah kerah idea untuk cari irama untuk puisi ini.

Thursday, August 18, 2011

suka cari masalah

ok. siapa suka ada masalah. apa2 jenis masalah lah kan.

masalah memang tak dapat dielakkan dalam hidup ini.

persoalan lebih utama dari itu adalah bagaimana anda menghadapinya.

masalahnya sekarang, adalah bila suka cari masalah bila tiada masalah.

putar belit kan.

lebih teruk dari itu, bila sudah bermasalah. . . .

tak cukup dengan rasa panik, mesti cepat je tangan ni menekan punat2 nombor telefon.

mengadulah kat siapa2.

huhu. sangat tak dapat kawal diri.

tak tahulah mende yang saya fikirkan sekarang ni sebenarnya.

Allah.

susah hati sebenarnya dengan projek honours ini.

bila susah hati, x bo kerja.

bila senang hati pun, x bo kerja.

mana lagi satu yang bagus ini.

Allah Maha Mendengar

bila tengah sesak2 hati ini, kena ingat Allah dengan segera.

yakin Allah akan bantu hamba-Nya. Allah tak pernah zalim.

sedangkan manusia kafir pun, Allah curahkan rahmat,
inikan orang2 beriman (amiin).

banyak perkara yang cuma terdetik di hati, bukan minta dengan
bersungguh2 dalam doa, Allah kabulkan menjadi kenyataan.

jadi, bertenanglah wahai hati.

Allah bersama kita. untungnya ada nikmat iman dan islam.

orang kafir kalau susah2 hati, tak tahu nak lari ke mana. akhir2, gantung diri.

Alhamdulillah.

Tuesday, August 16, 2011

sabarlah sayang



hatiku masih ada rasa terkilan
datang dan pergi
seperti ayunan buaian
bermain2 dihulu hati
pedih menikam

tapi, setiap kali sore
dalam perjalanan pulang
setelah usai pekerjaanku
aku mampu tersenyum lucu
mengenangku kisahku

dimana pengakuan cintaku ditolak


bercampur aduk semuanya
dalam hati ini
yang sangat lemah
dan tidak teguh
dalam perbicaraan cinta


sewajarnya aku malu
menulis kisah malang sebegini
bila tawaran ikhlas
mahu memberikan hati
ditolak dengan serta merta


kufikir, aku x perlu menangis duka
silapku kerana tidak menjaga gaul
dalam bicara dengan beza jantina
dari ini, perlu lebih berhati hati


hal peribadi- jgn sekali dikongsi- dengan yg ajnabi


kufikir, aku bukanlah gadis malang
cinta suciku ditolak sebegini
dari silapku yang sangat terburu2
mencari cinta seorang pemuda

sebelum berdoa tulus kepada yang Esa
pemilik segala hati serta cinta


aku tak mahu kepiluan ini
terus bermain di hati
sebaliknya, bersabarlah sayangku

Allah sangat menyayangiku
dengan penolakan cinta ini
cinta baru pasti datang

kerana janji Allah itu sangat pasti




Saturday, August 13, 2011

malam2 kali ini

malam2 kali ini
mataku sering enggan mengikuti
arahku segera pejam dan lena
supaya aku tidak tidur lagi
selepas subuh

tepat pada jam itu
aku terjaga
dan mata sedikit pun
tak lagi mampu dipujuk rayu
supaya kembali layu

malam2 kali ini
mungkin sudah awal2
berpakat sama mataku
jgn dibiar manusia itu dengan tidurnya

tapi bangkit
dan menghidupkan
malam2 yang semakin melimpah
rahmat dari-Nya

Thursday, August 11, 2011

kekuatan (Rundell street)


dipertengahan jalan
ribut sekali dengan ratusan yang lain
pejalan2 kaki yang bersimpang siur
mundar mandir dengan pelbagai acara
aku melihat seseorang di pinggiran jalan

seorang peniaga barangan emas
kedainya baru dibuka pada hari itu
hari perasmian yang ulung
meneriak memanggil orang ramai ke kedainya
yang baru serta serba sederhana

hatiku seperti terhenti sejenak
wajah peniaga itu jerih
hampir putus asa
tak siapa ambil peduli
tapi diteruskan juga teriakannya

'Ini jualan pertama kedai kami'
' Harganya dijamin berpatutan'
' Mari2 ke kedai kami'

lihatlah, dunia bukan sekadar mengujiku
tapi juga menguji manusia2 disekelilingku
dari mana kekuatan itu muncul. . .

sebenarnya. .?


* * * * * * * * * * * * * * *

seberapa ramai yang bersyukur
terlalu sedikit hakikatnya
dalam perjalanan pulang menaiki bas
ada penumpang perempuan muda
berkot merah labuh
rupanya yang nampak sihat
hanyalah penipuan semata2

kakinya sedikit cacat
jalan2nya perlahan sekali
jelas kekuatan sangat diperlukan
untuk sekadar satu tugasan harian

* * * * * * * * * * *

kekuatan
sejak dari kecil
apa yang ingin sekali
ku miliki
adalah kekuatan

biar nampak lemah fizikal
lebih utama
kekuatan rohani

kerna hidup ini satu ujian.

Sunday, August 7, 2011

manisnya Ramadhan

atas sebab yang disengajakan, dari mula2 pindah ke Adelaide, aku mengambil keputusan untuk berdiam diri sediam2nya.

bukanlah aku ini orangnya membenci kehidupan bermasyarakat.
sengaja menduga sejauh mana aku mampu berdiam dan bersunyi.
hakikatnya, aku enggan ambil peduli lagi.

tiba Ramadhan, entah bagaimana, segala diamku berjaya dirungkai juga.
bertemu ramai orang di banyak majlis2 berbuka, dan kemudian terjalinlah
perkenalan yang hangat dan mesra.

manisnya dirasa, seperti sinar mentari hangat dikala pagi hari musim dingin yang mendung.


Thursday, August 4, 2011

silap yang disengajakan


Intro:

(dalam hati) :
masalah2. pada siapalah nak belajar software statistik ni?. senpai kat Malaysia. haih. apa kata telefon si polan (walau mungkin dilayan dengan acuh tak acuh).


Selepas mukadimah bertanya khabar, segala masalah belajar telah diadukan kepada si polan.


si polan : dah2. itu cite lama. Ila dah cite dah dulu kena marah dengan SV.

aku : dah cite ye. rasanya cite kat orang lain. huhu.

si polan : itulah, Ila banyak sgt masalah cite kat banyak orang. sampai tak ingat cite kat sape.

aku : ehe ~.~

si polan : dari semua cite Ila tu, rasanya Ila ni tak berminat dengan projek yang Ila buat sekarang. semua kerja kena bersuruh dengan SV.

aku : ehe. betullah tu. ~.~


Dan panjanglah lagi nasihatnya untuk tidak mensia2kan tempoh 2 bulan yang tinggal. Tak terlambat untuk berubah. Ini peperangan dan perjuangan Fazilah yang mesti dimenangi.

Terima kasih kepada si polan yang selalu bernas dalam memberi nasihat dan tidak jemu melayan omelan seorang Fazilah. Tapi, selalu juga Fazilah dikasari dengan kata2 nista seperti; fikir sendirilah Ila, entahlah Ila, atau sekadar mengiakan sahaja.

Huhu. Fazilah yang jahat itu suka meremehkan waktu.

Wednesday, August 3, 2011

ternyata salah tapi..



gambar: puasa di kampung sebelah ayah di negeri sembilan. lauk special sudah tentu rendang seyh..(~.~)

* * * * * * * * * * * * *

ada rasa berdosa
ada rasa risau semuanya
tapi bingung dan buntu
tapi mulut terkunci kata seribu

hai, padamu orang2 kecintaanku
nampak segala bahana silapmu
walau bukan sekarang berlaku
aku yang tua sudah awal2 tahu

ada rasa berdosa
ada rasa risau semuanya
tapi bingung dan buntu
tapi mulut terkunci kata seribu

namamu adalah orang2 kecintaan
kerna itu aku sangat mahu menyatakan
hentikan segala tingkah sumbang itu
hentikan dengan segera dan penuh jitu

semua hanyalah hasrat yang bergema
tak terucap dalam fizikal butir2 kata
dari itu orang2 kecintaan terus alpa
aku takut kau membenciku dengan kata2;
jangan, usah, semuanya itu dosa


kekuatan mesti dicari
untuk tidak takut dibenci
supaya tidak ditanyai
kenapa kau biari aku dinodai
sewaktu hari bahana terjadi


ada rasa berdosa
ada rasa risau semuanya
tapi bingung dan buntu
tapi mulut terkunci kata seribu

Monday, August 1, 2011

boleh akak tanya

Dalam perjalanan pulang ke rumah selepas usai solat terawih dan iftar di universiti.
Akak yang sedang memandu rupa2nya ada soalan berat mengenaiku.
Aku tak tahu hal ini dan sedikit kaget.


si polan : Ila, boleh akak tanya? (nada perlahan)
aku : Eh, tanyalah. Tak apa2. (jantungku berdegup luar biasa kencang)

si polan : Apa sebab utama tidak boleh sambung belajar di ANU (uni lamaku)?.
aku : Oh, ........ (penerangan sejujurnya kuberi).


Ah, benar. Kegagalan juga hakikatnya tidak boleh dimaafkan di dunia ini.
walau ada ungkapan; gagal sekali tak bermakna gagal selamanya.

Tujuan penghidupan adalah menerima cubaan tanpa noktah.


p/s: Haha. Dasar kera sumbang. Aku ini seperti orang misteri pada khalayak pelajar Malaysis di sini. Bersua sukar sekali. Bertemu lebih mustahil.
Nah, pertemuan yang ini, satu soalan maut diterima.
Adelaide, tempat persembunyian paling 'berjodoh' denganku.