Ramadhan semakin hampir. Tak sabar rasanya.
Walau tiada sambutan secara fizikal disini, tapi di FB 10x meriah.
Rata2 buat post2 tentang persediaan Ramadhan.
Buat peringatan bersama.
Ada idea mahu menulis.
Selalu dalam bentuk irama puisi.
Tapi, kali ini idea kering nak buat bait2 indah.
Maaf.
&&&&&&&&&&&&&&&&&
Keajaiban
kebetulan
kejutan
sesuatu yang diluar jangkaan
yang menyenangkan
yang mendukacitakan
silih berganti
datang dan pergi
perhatikan
bagaimana nasib
berubah secara
tiba2
mendadak
kaya menjadi miskin
bodoh menjadi pandai
cantik menjadi hodoh
gila menjadi waras
semua bisa terjadi
&&&&&&&&&&
hidup ini penuh warna warni
tersungguh lucu
tak bermakna tempat senda gurau
sebaliknya medan tempur
kisahku yang tidak istimewa;
1) semalam hilang periuk
tapi penutupnya tidak terusik
sedangkan bulan sebelumnya
kehilangan penutup periuk yang
satu lagi
jadi, lengkap 1 periuk akhirnya
2) tersilap ambil bas
selang 3 perhentian
pemandu bilang ini perhentian terakhir
dalam termangu2
mahu dibuat apa sekarang
pemandu bicara
bisa dihantar ke destinasi tanpa bayaran
walau sudah habis tempoh kerjanya
dan, banyak lagi yang lebih luar biasa juga.
tapi, keajaiban paling sukar bagiku untuk percaya boleh
dan bakal terjadi........
&&&&&&&&&&&&&&
jodoh yang terbaik untukku juga telah disiapkan
oleh-Nya pada waktu dan ketika yang sewajarnya,
pasti diketemukan juga akhirnya.
usah bingung2 dan khuatir.
semua yang mustahil adalah tidak mustahil.
dalam kekuasaan-Nya.
yakinlah dengan kenyakinan sebenar.