About Me

Sunday, July 10, 2011

anak batu serpih









matahari tegak diatas kepala


kucing diluar sedang lena

mata yang segar turut layu

tapi perut sudah berlagu






bonda tercinta terburu buru

melunaskan aktiviti hujung minggu

semua bunga2 didalam pasu

disiram, dirapi dan dibaja penuh mahu






bapak juga tak kurang sibuk

segala barang mahu dikemas kini

tapi perut bapak juga sedang bernyanyi

bonda tahu masanya untuk makan tengahari






dapur sempit jadi gelanggang

ditengah hangat tengahari berbahang

ibu dan anak gadis bertukar garang

dan anak batu pun melayang






mujur anak batu beribu lesung

sama keras berhentam dengan lantai

lantai tak retak tapi anak batu serpih

anak gadis pula bertukar sesal






anak batu serpih

anak gadis sedih

akibat amarah

hilang hormat pada ibu






meskipun ibu bersalah

kerna tidak masak pucuk keladi

mengapa anak batu yang dilontar

mengapa lekas benar hilang kasih





anak batu serpih.


anak gadis pedih.