About Me

Thursday, August 2, 2012

Wawancara dg TV Hijrah

Saya ditemu ramah oleh pengacara terkenal TV Hijrah; En Amin Idris.

Ini butir2 wawancara kami mengenai diri saya;




1)      Kenapa tidur juga yang Cik Fazilah suka nak buat drpd aktiviti2 lain?
Sebab tidur adalah sesuatu yg bukan berbentuk kerja dan yg paling mudah utk dibuat bila ada masa terluang.


2)      Adakah Cik Fazilah ada keinginan utk mengubah keadaan ini?
Ya, memang ada. Tersangat ada. Tapi, yang menghairankannya sy tetap mengulangi perkara yg sama pd setiap hari. Sy rasa sy sudah sgt selesa dengan situasi begini sehingga begitu sebati dalam diri.

3)      Adakah Cik Fazilah sudah melakukan yang sehabis baik bila menyedari hobi tidur sgt susah dikurangkan dan dilenyapkan dalam diri anda?
Erm. (tetiba terasa org jahat yg Tanya soalan ni).  Susah juga nak jawab. Melakukan yg sehabis baik?. Tak rasanya. Sbb seperti sy ckp tadi, sudah jadi sikap buruk sy.

4)      Cik Fazilah mahu berubah tapi tidak melakukannya sehabis baik?. Adakah Cik maksudkan disini yang Cik suka melakukan kerja separuh jalan, “seperti melepaskan batuk ditangga”?
Erm. Bolehlah dikatakan begitu. Sebenarnya perkataan suka tu mcm x betul. Sy ini waktu sekolah dulu2 sgt bercita2 besar dan sy realisasikannya dalam bentuk keputusan peperiksaan. Sekarang pun sy bercita2 besar. Sy mahu jadi penyelidik muda dg sentuhan emas. Hehe. Dan, sy yakin sy boleh !!!.

5)      (kekaguman) Suka sy mendengar Cik Fazilah ada cita2 dan matlamat hidup utk dicapai. Tapi, bukankah semua itu mesti dengan usaha dan bukannya dg ada hobi tidur dan bermalas2an yg Cik katakan sebentar  tadi.
Itu memanglah sy tahu. Sy tgh berusahalah nih nak jadi yg terbaik. Mana ada sy ckap sy nak teruskan hobi tidur tu sampai bila2.

6)      Oh, baiklah begitu. Jadi, Cik Fazilah memang mahu berubah jadi lebih baik dengan usaha yang bersungguh2?
Itu pasti!!. InsyaAllah!!. Semoga Allah sentiasa dalam sanubari sy membantu dalam perubahan kepada yg lebih baik. Amiin.