Sudah lama benih api ini
Tertanam dan bersemadi di sanubari
Selalu sahaja dibaja dan disiram
Sehinggalah gagah tertegak di perdu dalam
Salahnya,
Benih api ini rupanya,
Adalah pokok nasib malang
Pantas,
Segalanya ku cantas,
Ranting, dahan dan batang
Salahnya,
Akar di perdu dalam,
Dibiarkan diam
Kini,
Akar itu bertunas kembali,
Hiduplah semula tunas api
Membakar setiap yang ada di sanubari,
Meninggalkan semuanya jadi arang
Menukarkan subur jadi kontang
Di mana pahlawan garang,
Dengan air sakti perang,
Hancurkan tunas api yang mula bersarang.