About Me

Monday, May 28, 2012

Saya, lulusan ijazah dari Australia

Saya bersyukur kerana pernah berpeluang belajar di negara orang.
Lebih daripada itu, sebuah negara yang dihuni golongan Barat.
Saya boleh membuat perbandingan antara 2 budaya yang paling ketara,
orang Asia dan orang Barat.

Tapi, dalam masa yang sama, anugerah ini juga adalah dugaan yang tersembunyi.
Dan, ia tidaklah semudah yang disangka.



Pandangan paling pertama orang ramai bila diberitahu saya adalah lulusan ijazah dari Australia,
pastinya kekaguman kerana tersangat bijak. Dan, ia kadang2 melemaskan saya (atau mungkin saya yang terperasan).

Kedua, mereka mempunyai persepsi bahawa graduan luar negara pasti hebat dalam segi sikap bekerja, gaya berfikir dan sewaktu dengannya. Pendek kata, graduan luar negara mempunyai kelebihan dan keistimewaan daripada graduan dalam negara.

Ketiga, tak kurang juga yang menganggap graduan luar negara berlagak sombong dan berfikir mereka itu sahaja yang tahu segala2nya. Biasalah, orang belajar luar negara. Kalau bercakap, mesti dalam bahasa inggeris.

* * * * * * * * *
Hakikat sebenarnya, belajar di luar negara tak menjamin graduan2 tersebut dapat berdaya tahan di negara sendiri. Walaupun mungkin, peluang mendapat pekerjaan itu lebih mudah.

Tapi, banyak perkara yang perlu dipelajari dan dialami sendiri bila pulang ke tanah air.
Terlalu banyak.

Keadaan di negara maju lebih jauh selesa dari segi teknologi, mentaliti dan prasarana.
Keadaan di Malaysia pastinya serba serbi kekurangan kalau dibandingkan dengan keadaan sewaktu belajar dahulu.

Ditambah pula, dengan asam garam karenah dan sensitiviti masyarakat.
Orang yang hebat pasti boleh mencari jalan penyelesaian, bukannya alasan dan kalah kepada halangan.

* * * * * * * * * *
Pendek cerita, sesiapa yang bercita cita, sedang dan sudah belajar dan bekerja di luar negara, tanamkan rasa tanggungjawab dalam diri untuk berbakti kepada negara.

Fahami keadaan sebenar di Malaysia. Dan, kefahaman tanpa pengalaman sebenar adalah sukar.
Bukankah, pengalaman itu adalah guru terbaik dalam kehidupan.

Mungkin, inilah yang dimaksudkan, berfikiran global dan bertindak lokal.
Tidak kiralah apa latar belakang seseorang itu.
Paling utama, sejauh manakah hidupnya dapat berbakti kepada orang lain.