Kilat dan guruh silih berganti dilangit. Hujan turun mencurah2 mengamatkan lagi suasana.
Lilin sudah dibiarkan membengkok di dalam laci setelah bertahun tahun dilupakan.
Langit yang semakin pudar cahaya dengan awanan hitam bertukar gelap dengan kedatangan malam.
Cahaya kilat membutakan pandangan seketika sewaktu baru tiba di perkarangan rumah.
"Rumah kita kehilangan punca tenaga untuk cahaya dan segalanya".. sambut ibu di muka pintu.
"Oh, tidak" bisik hati kecilku yang keletihan tapi memanjat syukur kerana selamat tiba rumah.
Dan, lilin bengkok telah dinyalakan selepas bertahun tahun dilupakan.
"Lilin bengkok" kata ibu sewaktu menggores mancis.
Aku tersenyum melihat api kecil jingga meliuk liuk dengan segala bayang2 yang menjelma.