About Me

Sunday, January 5, 2014

Selepas Hujan

Mungkin awanan dilangit tidak terlalu terbeban dengan air lagi pada waktu ini.
Namun, siapa tahu kalau2 air yang dikandung boleh melimpah lagi pada minggu hadapan.
Semua pun sibuk dengan cerita2 gelombang kedua.

Tapi, buat masa ini ada yang cuba meneruskan kehidupan seperti biasa.
Walaupun, tidaklah 100% sama seperti kehidupan sebelum banjir.
Terutama sekali saya yang seperti kehilangan arah selepas semua yang berlaku.

Saya tidak tahu apa lagi yang boleh dilakukan untuk tempoh pengajian yang semakin hari semakin suntuk.
Saya lupa segala matlamat dan perancangan yang ingin dilaksanakan dan ditamatkan dalam tempoh tertentu.
Akibat banjir, sayalah yang paling sengsara.

Saya kehilangan meja belajar.
Saya kehilangan kereta.
Saya kehilangan komputer riba.

Dan, masalah saya berputar-putar pada perkara yang sama sahaja.
Tiba-tiba, ayah pula perlu tinggal di hospital.
Adik pula perlu ke rumah mertua dan isteri di luar daerah.

Aduh!..Saya sememangnya ingin berputus asa sahaja. Sebenarnya.
Biarlah saya tinggal sendiri bersama-sama barang2 yang tenggelam oleh lumpur.
Busuk dan kotor.

Sehari-hari mencuci didapur, diruang tamu dan semuanya.
Mengurskan gambar2 yang hancur kerana air.
Memasak dan makan apa sahaja asalkan perut kenyang dan bertenaga semula.

Haih.