About Me

Saturday, October 29, 2011

Berakhirnya Oktober

Terasa seperti semalam
ku tempuh musim panas
pada tahun yang lalu

Terasa seperti semalam
aku bertemu dan berkenalan
dengan kalian;

Dr Jason Able
Dr Colin F Jenner
Dr Bev Muhlhausler
En Aizat (a.k.a senpai)

dan teman2 lain dalam Foodplus group

Semuanya seakan. . . .
bukan satu realiti
tapi mimpi
kala tidur ditengahari

Musim panas kali ini
Musim panas terakhirku disini
Dari pengalaman tahun ini. .

Aku semakin memahami
erti kehidupanku sendiri

(9 December 2011)
akan tiba hari tersebut
selamat tinggal Australia


Monday, October 3, 2011

anugerah malu



malu itu satu cabang dari iman.

tapi, tak sewajarnya malu dijadikan alasan.

berdiam diri tanpa sepatah perkataan.

malu itu anugerah yang tidak patut disalah ertikan.




malu tak bererti kaku

tak juga melarikan diri seribu batu

sebaliknya, jadikan ia satu kekuatan jitu

agar segala gerak dengan pergertian padu


ini peluang fazilah

kenapa mesti malu

dengan kekurangan




mereka ada

untuk memberi tambahan

kautlah ilmu dengan rasa kehambaan




itulah sebenarnya

mencari pengertian

seorang hamba

jauh dari ujub dan bongkak




usahlah malu fazilah :D



Saturday, October 1, 2011

nasi basi

seakan de ja vu
nasi basi
lagi dan lagi
seperti dahulu

dan satu ketika
dahulu juga-

aku hilang segala
pemikiran cerdasku
dek kerana emosi terburuku

* * * * * * * * *
semangkuk nasi basi
baunya jelek
rupanya aneh

rasanya- terlalu rosak
tapi kutolak juga
ke dalam kerongkokan

aneh- emosi bisa bikin cerdas jadi gila

* * * * * * * * * *
bahananya- keracunan
2 hari longlai
terhambur segala2nya
(isi perut)

kosong dan tidak boleh diisi
mujur, nyawa masih lagi diberi
oleh Ilahi ke saat ini