About Me

Wednesday, May 16, 2012

Alam pekerjaan

Tak sangka pula begini rasanya kerja dibawah orang.
Oh, pernah je bekerja jadi kuli sekejap lepas SPM.
Tapi, waktu tu tak ambil pusing sangat.

Sudah rezeki bekerja dibawah bimbingan pensyarah yang suka berniaga.
Makanya, terlalu banyak aktiviti diluar bidang yang mesti dibuat.
Dan, agenda utama pembelajaran terpaksa ditangguhkan.

Aktiviti2 tersebut adalah menjadi urusetia pelbagai program.
Program ceramah pemakanan. Program pengurusan berat badan.
Selama hidup sebagai student, memang bermati-matian tak mahu buat semua ni.
Melarikan diri dan senyap.
Jadi, orang pun tak bising2 cari kita.

Kali ini, tiada lagi jalan untuk melarikan diri.
Dan, kami yang jadi RA ini mulalah merungut2 tak sudah2.
Allah, tak ikhlasnya kami bekerja.

Apa2 pun, banyak pengalaman berguna sebenarnya untuk dijadikan
rujukan di masa hadapan :)

Aktiviti aerobic yang diuruskan oleh kami bertiga. 
(Balik pukul 7 pm lebih kami ke rumah. Huhu)


Saturday, April 21, 2012

Mencungkil sikap

Situasi disini memerlukan saya untuk banyak berinteraksi dengan orang.
Terus terang, selama saya duduk di negara orang, saya lebih suka menyendiri.
Banyak sangat masalah jiwa untuk ditangani dengan banyaknya ragam orang.
Tapi, sekarang, sangat mustahil untuk melarikan diri lagi.
Dan, ini antara sikap2 janggal dan tak sesuai lagi
 1) Suka tersenyum pada orang lain tapi berat mulut. Bila akak/adik tu selalu sangat senyum bila jumpa, saya jadi tak selesa.
 2) Suka mengkritik tanpa rasa was2. Sekarang ni, kena tengok kiri kanan dulu kot2lah ada orang yang terkena.
 3) Seolah2 bercakap besar. Tapi, sebenarnya nak bercerita keadaan sebenar sahaja.
 4) Bila kawan2 dan saya membuat janji bersama, saya ingatkan diorang tak masukkan saya sekali. 

Macam2lah. Kelakar kan. Entah hapa2. Hoho.
Kami bertiga bermesyuarat selepas makan di Sushi King semalam. Siapa entah cemerkap (clumsy) sangat, makan sampai telur salmon tertumpah dari sushi. 

Tuesday, April 17, 2012

Bising

Kalau dahulu, semua orang bisu.
Sehinggakan, aku berbual bual sama dinding batu dan langit biru.

Itu dahulu.
Ini cerita terbaruku.
Semua orang galak berkongsi segalanya.

Bising.
Aku pusing.
Aku pusing.

Sunday, March 25, 2012

longgar


Dalam menutup aurat, berpakaian longgar itu adalah yang terbaik.
Bagus juga dari sudut kesihatan. Lebih banyak ruang pengudaraan.

Tapi, banyak juga longgar yang tidak ada manfaat langsung.
Keazaman dan keinginan yang longgar.

* * * * * * * * * * * * * * * * *

Emak berkeinginan sangat besar dalam bab mencuci rumah.
Bersungguh dan bersemangat.
Satu keseronokan bukan beban.
Berdisiplin tinggi juga.

Kadang2, hairan pula saya dibuatnya.
Emak mengaduh letih bila bekerja dari pagi hingga petang.
Dan, saya pula..hanya tolong melihat.
Sebab bila bos besar bertugas, orang lain hanyalah lalat pengacau.

* * * * * * * * * * * * * * * * *

Saya terfikir hari ini.
Entah kali ke berapa, mendung masalah bertandang lagi.
Pilihan yang lebih bijak adalah menyalahkan diri daripada keadaan.
Apa salah saya sampai begini sekali masalah?

Saya tahu benar apa puncanya.
Longgar. Lemah.
Tabiat buruk yang tak pernah cuba diubah.

Akan sentiasa menjemput masalah.
Selama mana saya hidup dan kekal dengan keburukan.

Thursday, March 8, 2012

Penganugerahan

(Tak pastilah nak buat puisi juga untuk tajuk ini. )

Seorang beta telah bermurah hati untuk memberi penganugerahan.
Satu pertandingan telah diadakan, untuk memilih siapakah yang paling handal,hebat, terkaya dan terbaik diantara semua yang mengetahui tentang hal penganugerahan ini.

Saban tahun, telah ramai yang menerima keistimewaan suatu penganugerahan.
Dan, tibalah tahun baru untuk menamakan orang2 yang baru juga dengan anugerah yang diidam idam oleh ramai orang.

Persoalannya, anugerah apa yang selayaknya diberi kepada seseorang yang terpaling2 hebat daripada seorang beta tersebut mampu memberinya?.

Anugerah itu tak sewajarnya diberikan nama dan kuasa.
Anugerah itu seharusnya dimiliki semua.
Atas sebab setiap dari kita adalah istimewa.
Dalam cara yang berbeza.

Di depan mata

Semalam umpama bayangan
Semalam adalah kematian
Hari ini dan hari hadapan
Mungkinkah berbunga harapan?

Peredaran masa telah di namakan
sejak zaman berzaman
Dan kurniaan sepasang penglihatan
Melukis pemandangan di hadapan
Tidak sesekali di belakang bahagian

Adakah dengan penglihatan
Dapat membezakan kebenaran
Tersembunyi dalam banyak lipatan
Atau hanya tambah mengelirukan

Ketiadaan lebih wajar daripada kurniaan?
Manusia tanpa syukur tapi penuh rungutan
Mereka perlukan petunjuk Mu wahai Tuhan!
Mereka mudah benar berteman sama kesesatan

(Aku kebingungan)

Sepi

Terasa sungguh sepi kini
Entah apa yang sepatutnya difikiri
Sepi yang terlalu sepi
Aku juga tidak tahu ke mana ghaibnya bunyi

Seringkali juga aku berteka teki
Adakah sepi ini telah membunuh bunyi
Atau bunyi terlalu membenci sepi

Oh sepi dan bunyi,
marilah kita sama2 berdiri
dan bersumpah untuk sehidup semati
Kerna hakikat dari azali
kita telah ditakdirkan untuk begini

Cuma, kita selalu sahaja mudah sekali
untuk memungkiri janji
dan memilih untuk berlari tanpa jejak
sendiri