About Me

Monday, December 19, 2011

Soal hati

Kau dilarang sama sekali
Bertanyakan soal hati kepadaku
Bukan kerna aku membenci
Bukan kerna pengalamanku yang dilukai
bukan sekali tapi berkali kali

Jawapannya adalah;
tiada kata dapat diterjemahkan
betapa halusnya soal hati
untuk bisa difahami
oleh kau dan aku
yang tidak pernah memiliki

hak sepenuhnya sebuah hati

kucing dan tuan fikir.

(cubaan membuat kisah tersirat).

Tuan fikir itu otaknya sangat geliga. Setiap hari satu buku habis dikhatamkan.
Tidurnya singkat2. Selalu sibuk berfikir tentang segala permasalahan dunia.
Sehinggakan tiada masa untuk ke dunia nyata tapi senantiasa di dunia maya.
Berbahas sama orang2 yang bijak juga. Bagaimana dan mengapa permasalahan
negara subur dan bertuah ini dapat dirungkaikan?.
Membuat pemerhatian dalam setiap tingkah dan tulisan di medium maya.

'Otak si tuan fikir itu pasti 5 kali lebih besar dari kita' bicara kucing pertama peliharaan tuan fikir kepada kucing dua. ' Aku tidak pernah peduli perihal betapa besarnya otak dia, huh', cemik kucing nombor dua. Si kucing nombor dua itu tidak senang dengan sifat si tuan fikir yang melebihkan kucing satu dalam setiap hal.

(bersambung...)

warming up

baiklah. akhirnya, kedegilan ini dipaksa untuk mengalah.

kedegilan yang lebih kepada kemalasan hakikatnya.

dari kerana kehidupan di dunia sendiri yang sangat sempurna,
beginilah jadinya.

* * * * * * * * * * * * *

kebencian terhadap laman sosial penghubung silaturahim sudah
ke kemuncak.

akhirnya, disinilah keberadaan berita peribadi yang tak sewajarnya
disensasikan dicoret2.

nilai dan definisi persahabatan itu bukan lagi yang sesuci dan sejernih yang boleh
diharapkan dari medium paling canggih pada abad ini: internet.

kehidupan tanpa bergantungan langsung dengan makhluk ciptaan duniawi ini adalah
satu keberjayaan yang tersangat agung !!!.

* * * * * * * * * * * * * *
segala cita2 yang ditanam sewaktu seusia rebung adalah ilusi semata mata.

menangkah ke usia ini, cita2 itu adalah dogengan dan mainanan bocah!.

kehidupan tak sewajarnya dibenci tapi dihargai.

tapi, kebenaran itulah yang sukar sekali untuk ditelan tapi bagus sekali untuk diluah dan dihenyak2.

* * * * * * * * * *
penulisan ini sudah cukup memercik kan irama juang yang semakin malap.

hiduplah selagi diberi hidup. benar.

kalau mahu terus2an karutan, teruskan.

tapi, pastikan rentak hentak kaki ke hadapan turut jelas kedengaran.

Sunday, December 18, 2011

Malaysia version- Priceless & Flawless :)

My life is complete. Everything is perfect.

Priceless and flawless.

This home where my heart always belong.

* * * * * * * * *

Lembah ini letaknya dilembah limpah bah
Langit sentiasa mendung dan kelabu
Hujan mencurah curah dihambur laju
Dari perut awanan yang terlalu sarat

Nyayian beburung yang guyur adalah samar
Memori indah waktu anak2 kerap singgah
Tak mahu pergi meninggalkan dari kalbu gersang
Setelah hampir 4 tahun lembah bah ini terlupakan

Sudah dewasa kini aku rupanya?!

* * * * * * * * *

p/s: Sudah seminggu aku meninggalkan dan ditinggalkan. Lebih tepat, aku adalah orang yang
ditinggalkan. Dari itu, aku tidak mahu ditemukan dan dipertemukan. Ah, teman.
Aku tahu aku ini terlalu merumitkan untuk difahami.
Hanya aku bisa mengetahui mengapa aku berpelakuan aneh sebegini.
Membisu dan menyembunyikan diri. Mengelak dari sebarang komunikasi.
Orang2 sering cuba mencari makna disebalik tindakanku.
Dan sering juga mereka gagal dan aku enggan menjelaskan.
Akhirnya, mereka menghukumku sebagai Orang Pelik.
Tidak mengapa temanku.
Kalau kau teman yang mengingati namaku ini dalam cebisan2 doa dan ingatan mu.
Yakinlah, aku ini teman yang paling setia yang pernah kau temui dalam kehidupan
singkat ini.
Dengan izin dariNya, dengan kesihatan dan kemudaan yang masih sempurna ini.

Sebelum itu maafkanlah aku yang berdegil untuk berdiam bisu sebegini.

Monday, December 5, 2011

Temanku diluar jendela


Dari pandangan pertama
Dari pertemuan yang sangat sementara
Kita ditakdirkan untuk bersama
Aku didalam dan kau diluar jendela

Temanku yang diluar jendela
Kau tahu aku gembira
Kerna kau senantiasa ada
Mendampingiku setiap saat dan ketika

Kau mesti tahu satu perkara
Oh temanku yang diluar jendela
Aku- setiap kali musim berubah warna
Ternanti2 kalau2 kau mahu berubah warna juga

Di musim luruh, harusnya kau jadi merah atau jingga
Tapi, kau masih sama
Di musim sejuk, harusnya kau tidak berwarna
Tapi, kau masih sama

Kau masih begitu juga dalam musim bunga
Tapi, tidak mengapa
Aku senang sekali kau senantiasa diluar jendela
Akhirnya kau bertukar warna juga

Rimbunan merah pekat saga
Kau kelihatan sangat menawan pada setiap mata
Aku juga, tapi sayangnya
Wahai temanku yang diluar jendela

Kalau aku bisa berbicara dalam bahasamu
Akan kuhadiahkan puisi ini tanpa sedikit ragu
Kerna kau menghadiahkan warna hijau dan merah sagamu
Setiap hari tanpa jemu dalam senyum ramahmu

Maaf, kita terpaksa berpisah sampai sini sahaja
Aku tidak akan lagi di dalam jendela
Tapi, kau akan selalu di luar jendela
Bersama sama beburung yang berlindung malam dan siangnya

Entah bagaimana
Jatuh sayang aku padamu
Wahai temanku yang diluar jendela
yang tak ketahuan namanya apa.

Tanpa suara


Masa mengalir terus2an
Makhluk tanpa rasa bosan
Patuh sentiasa pada rutin harian
Tidak laju dan tidak juga perlahan

Makhluk tanpa suara tanpa kata
Terlalu bisu tapi dengan bicara
Dalam kesendirian benak dan jiwa
Sila kau dengarkannya. . .

Hiruk dan riuh diluar kawalan
Bila makhluk bisu saling bercakapan
Dirinya satu dengan suara puluhan
Atau mungkin; ratusan atau ribuan?

Siapa tahu dan mustahil untuk diketahui
Makhluk bisu tanpa rupa selalu disisi, disini
Memerhatikan aku yang mencari2 posisi
Bersembunyi atau melarikan diri
Dari realiti - yang tidak pernah penat meratah sanubari

Thursday, December 1, 2011

mati selera

jasad dengan daging sama tulang
adalah satu bentuk kehidupan dengan petualang
ditumbuhkan dari makanan dan minuman berulang2
membesarlah jasad dengan baja2 yg x pernah kurang
kecuali pabila jasad gagal berfungsi dengan cemerlang
sogoklah sebanyak baja yang paling berkualiti di ladang
kalau sudah tiba saatnya mati akan mati tanpa dihalang2

tapi ini selera yang mati
apa jasad ini
atau perasaan ini
yang mahu mati
menjadi zahir yang bernyawa
tapi batin yang setengah sengsara?!