About Me

Saturday, July 9, 2011

Rumah Keong

* Rumah Keong= cengkerang sejenis siput darat

Genap dua pekan,
Rumah keong sudah kutinggalkan,
Tempatnya- segala kenangan,
dan insan kesayangan


Rumah keong- lamannya hijau kosong,
Luas dalamnya hanya sedang2,
Paling kecil ruang masak memasak,
Periuk dan belanga saling berasak.


Namun - aku lebih dari senang,
Berlama2 memasak di rumah keong,
Kerna ada yang tidak sabar,
Mencuba makanan dari seorang'pakar'.


Rumah keong dan seisinya,
Empat orang manusia,
Berekor dan bercuping tiga segi-
lagi duanya,
Sarat dengan segala perabot2 besar
yang tidak kena.


Semut2 merah menjalar di dinding,
Cicak2 putih kapur di syiling,
Lalat yang tidak pernah penat melayang,
Satu sarang tebuan dipagar belakang,
Ayam2 katik dipagi hari bertandang,
Dan, beruk2 dipinggir sungai singgah-
hampir setiap petang.


Rumah keong dan seisinya,
Ibu bilang mesti diperbesarkan segera,
Tapi, ongkosnya tiada,
Dan, bapak terus2an dengan projek
mengindahkan suasana.


Bagiku, rumah keong ada segalanya,
Biar sempit bikin tidak selesa,
Lebih dari segala keselesaan dan keluasan,


Ada cinta yang sentiasa subur dirumah keong untukku,
setiap masa.











Tuesday, July 5, 2011

Segala yang tidak penting


Mahu tahu sesuatu. Kelebihan hidup bersendirian.

Setiap detik adalah untuk merenung dalam2 siapa diri sendiri.

++++++++++++++++

Terlalu banyak perkara adalah penting.
Setiap perkara adalah penting.
Sehinggakan, semua pun adalah tidak penting.

Pernah dengar;

"He is everyone. And he is no one".


++++++++++++++

Ada satu2 ketikanya, dunia ini dirasakan tidak berharga langsung
untuk diusahakan ataupun dikejar.

Terlalu sementara dan tidak bermakna.

+++++++++++++

Baru hidup 20+, sudah terasa mahu putus harap dengan hidup.
Bukankah masa hidup itu mesti dibanyakkan amal dan kerja kuat.

+++++++++++++

Hehe. Entahlah. Betullah tu.



Sunday, July 3, 2011

Tetiba

Luar biasa dingin pagi ini


Walhal sang mentari senyum


manis sekali


Di langit semalam


Tapi, hari ini, langit sungul dan suram








Diluar jangka hujan batu jatuh


Jatuh dengan dentuman guruh


Menghentam atap2 kematu konkrit


Seakan langit melempias amarah perit








Amarah itu hanya seketika dan tiba2


Kau juga hadir tanpa diduga


Menyampaikan salam perkenalan


dipagi yang kelam dan dingin








Selamat datang buat teman satu lab baru; Hui Yee dari Kota Singa.

persediaan untuk berkahwin



Pada umur 20 sebegini, memang tak boleh elak dari fikir pasal kahwin.
Normal.
Kalau tak fikir langsung, ada sesuatu yang luar biasa.
Manusia2 terpilih mungkin.

(rasa mengah pulak. sekejap. nak ambik nafas.)

.
. .
. . .

Begini kisahnya.


Satu hari yang biasa, saya mendengar ceramah di radio IKIM tentang perceraian.
Ada seorang m.cik tu dia pesan;

" .....paling penting waktu mula2 mahu berkahwin....."

(dot dot dot tu sebab tak ingat mende dia cakap apalagi)

.
. .
. . .

Dipendekkan kisah, minat saya terhadap kes masalah rumah tangga
sangat2lah tinggi selepas peristiwa tadi.

Habis semua cerita bahagian 'Di celah2 kehidupan' dalam pancaindera
saya khatamkan.

Bukan itu sahaja, majalah untuk wanita umur 50++ pun saya pulun.

Banyak kes ulang tayang je sebenarnya, tak laki curang, bini yang curang.

.
. .
. . .

Tadi, waktu makan di meja study bersama kertas2 dan laptop,
sempat pula tengok dokumentari bertajuk ' Secrets to Love'.

Kebetulan, topiknya adalah perceraian juga.

Mat2 Salleh pun ada masalah sama juga. Kadar perceraian yang tinggi.
Kesian tahu pada mangsa2 perceraian ni.
Sengsara.

.
. .
. . .

Kesimpulannya, buatlah persiapan yang sehabis baik sementara ada masa ini.

Perkahwinan bukan sesuatu yang kamu bayangkan.

Bahagia sokmo.

Banyak sangat masalahnya.

.
. .
. . .

Patut pun ada orang tak kisah tak kahwin sampai mati.




Friday, July 1, 2011

Nak buat puisi macam ni

Aku Penumpang Paling Bertuah iluvislam.com + discover the beauty of islam

Kala laut sunyi hebat melambung ombak benci
Teroleng-oleng sampan kecil mengayuh cari daratan
Angin jangan hembus pergi tenang ini
Aku cuma penumpang menumpang damai lautmu
Cuba lari menjauh desir ribut cebis hati
Cuba tutup mata membutakan kejamnya dunia

Demi umurku bersumpah
Aku penumpang paling bertuah
Punya sampan kecil tapi kuat menongkah langkah
Walau compang camping bertampal gam rekahnya
Walau layar cuma sehelai sejadah buruk hadiah dari Tuhanku

Malam bawa pergi matahariku
Siang bawa pergi bulanku
Penumpang buta tanpa cahaya
Meraba-raba di lautan belantara
Turun naik tinggi gunung ombak
Terkapai-kapai cari capai tangan Hidayahnya

Titis hujan tengkujuh ini menghanyut pergi lukisan mimpi
Dingin hembus nafas sang Murabbi bagai tanda aku dikasihi
Moga doa empati penumpang ini bisa terus menerobos hati Ilahi
Walau sesak sempit penjara sampan dilautan sunyi
Walau kencang angin tidak sayang padaku
Walau dikhianati bintang penunjuk jalan ini
Aku rela walau disimbah asid caci

Kerna aku penumpang sejati cuba cari titik sujud kasih Rabbul Izzati
Demi umurku bersumpah
Aku penumpang paling bertuah.

dekat di hati (pinjam Tagline tv9)






Perasaan yang paling susah



untuk dijelaskan dalam perkataan






. . . . . . . . . .






Sebenarnya, ia lebih kepada hasrat



bukan perasaan






. . . . . . . . . .






untuk sentiasa bersama



tak kira apa jua situasi dan keadaan



disisi dan dihadapan mata



setiap detik dan ketika






untuk;







kedua ibu bapaku



yang semakin hari semakin lelah



semakin banyak ragam



perlu dijaga dan dilindung



seperti anak2 kecil









adikku



semakin sibuk dengan urusan kerja



sentiasa tiada



bila saat2 sangat memerlukan pertolongan









kakakku yang istimewa



bahagia dan ceria seperti biasa



tidak pernah tahu



apa yang bakal berlaku



di kehidupan dihadapan






dan aku,












. . . . . . . . . . . . . .






jasadku disini



melewati beribatu batu



hanya, ingatan dan hati



bersama mereka.



Ku buntu

Bagaimana mungkin
buntu ini bisa dileraikan
seperti awan hitam
bikin pandangan kelam
bikin hati suram

Ilham datang mencurah
Tak henti bait2 dikerah
menjadi ayat2 berjela
menyampaikan maksud
dan makna

Buntu pabila;
tidak satu pun dari karya
yang tak seberapa
berjaya terasa dijiwa
si penglipurlara

Mengapa dan bagaimana
daripada bisa
Buntu ini tidak berganti rupa
kepada
sesuatu yang lebih parah

Prinsip paling utama
Prinsip paling pertama
Sang penglipur lara
tika menulis setiap cereka

Biarpun tak seorang membaca
Pasti memberi kesan
dan panduan
Kepada yang menceritakan

Sesuatu yang dari hati
layaknya hanya kepada hati
untuk diterima

Hati siapa lagi
kalau bukan yang tak henti
dari tadi
menulis puisi ini.