Salah satu tugas seorang penyelidik adalah menghadirkan diri ke seminar.
Bukan satu tapi banyak sekali.
Di seminar tersebut, setiap orang dipaksa rela mendengar perkembangan terbaru
daripada penyelidik lain.
Antara senarai tugas yang boleh seorang penyelidik manfaatkan semasa seminar;
1) Penemuan terbaru dalam bidang anda
2) Berkenalan dengan penyelidik2 seangkatan dengan anda
3) Hubungan sosial mungkin?
4) Memenangi segala macam hadiah dan kenamaan yang dipertandingkan
Itulah yang saya dapat pada hari ini.
Kalau seminar itu dibuat di negara2 lain; Portland, China etc2, berpeluang juga untuk melancong dalam tempoh seminggu dua.
Tapi selalunya, tahun ke-3 pHD anda berpeluang ke seminar di negara lain.
Perkara yang paling penting perlu diingat, menjadi seorang penyelidik adalah tempoh paling sunyi dalam kehidupan anda. Ini kerana;
1) Kebanyakan masanya adalah dalam lab, bersama dengan supervisor anda
2) Kawan2 anda terhad kepada teman satu kumpulan penyelidik yang sama
3) Tugasan2 yang sangat 'mengerah' daya intelektual anda untuk bekerja secara sendiri (tidak terlalu bergantung pada supervisor)
4) Faktor budaya yang berbeza (disebabkan Australia adalah negara barat, mungkin kalau di negara Asia yang lain tidak terlalu bermasalah)
Pendek cerita, saya tak rasa saya ini berkebolehan tinggi nak buat pHD dalam masa terdekat.
Lebih daripada segalanya, saya sangat memerlukan sistem sokongan hidup dalam menghadapi masa2 sukar tersebut, iaitu keluarga tercinta.
Its my name.With some alterations.My life is same like any other human on the earth. Somehow,this blog could not be avoided (trying but to no avail).
Wednesday, November 9, 2011
Tuesday, November 8, 2011
Ini Sore
Ini Sore.
Cahaya semakin malap
Suram bertambah gelap
Beburung berkicau makin kerap
Manusia2
. .
. . .
. . . .
diperhati dari jauh oleh aku
otakku ada batu
buat fikiranku makin dungu
. . . .
aku enggan menulisnya
aku aman sebenarnya
cuma
. . . . .
terlalu dahagakan
cabaran dan liku kehidupan
yang seterusnya
. . . . .
(hahaha)
selepas itu
aku menjadi gila
sekali lagi
selepas berkali kali
aku masih tidak lali
. . . . . .
Yosh!!!
(dalam perkataan mudah: Fazilah bosan tahap cipan. tak tahu nak buat apa dah)
Monday, November 7, 2011
Adu ibu
Aku pendengar yang setia
Setiap bicara kusantuni seadanya
Kufahami makna2 disebaliknya
Walau mungkin aku tak mampu punya
rasa yang sama
Aku adalah tempat mengadu ibu yang kedua
Mengantikan tempat nenda yang duduk
di alam baqa
Tika kecil aku sering mendengar ibu berkeluh
di hujung telefon waktu semuanya lena
Siapa lagi kalau bukan ibu bicara sama nenda
Aku dan nenda adalah berbeza
Nenda pengalaman hidupnya luas
Nasihatnya pasti bernas2
Anak gadis ini hanyalah orang muda berhingus
Hidup adalah satu lautan lemas
* * * * * * * * * * * * * *
Pernah ibuku adu padaku
Hairan ibu
Tak wajar bilang ibu
Adik2 perempuan ayahku
Sukar sekali mahu pulang melihat nendaku
Nendaku yang semakin dimamah waktu
Sibuk amatkah?
Kerja sendiri tiada majikan tapinya
Ayah yang kerja makan gaji lebih dari rajin melihat nenda
'Hairan terlalu menghairankan' ibu jelas tidak gembira
Mereka beruntung nenda masih panjang umurnya
Masih ada peluang membalas segala jasa nenda
Sekiranya dipanggil pulang dalam sekelip mata
Semuanya pasti menyesal dengan seribu dosa
Aku diam panjang sekali
Ini bukan semata2 aduan
Ini adalah nasihat untuk diriku dimasa hadapan
Bila terlalu leka dengan 'aku punya' kehidupan
Apakah insan2 yang tak ternilai harganya-mestiku korbankan?!
* * * * * * * * * * *
Ibu,
anakanda pulang ke tanah air
dengan rela hati
agar giliran ibu pula ku sayangi
sepenuh hati
seperti aku diulit sayang tika bayi.
Kenangan & Kerinduan
Dalam meniti takah2 kehidupan
Satu persatu dalam gerak perlahan
Kenangan sama2 ikut berjujuran
dan kerinduan datang dalam siulan
Setiap satu yang meninggalkan
Pasti diganti dengan satu kedatangan
Ditinggalkan dan menjadi peninggalan
Lakaran warna2 keindahan serta tangisan
dan kerinduan pun bersiulan
Seorang insan dalam rentetan jalanan
Adalah hasil dari kenangan2 berubah jadi lakaran
Cermin yang memantulkan pandangan
adalah dari kerinduan yang sedang bersiulan
Dapur kongsi
Jam ini jam acara memasak memuncak
Kurang bijak kalau masih mahu berasak
Agak malang kalau lapar beraja di otak
Dapur yang dua jadi tempat 4 orang berentak
Pak cik bermata sepet (kusangka cina rupanya Filipina)
Ada semangkuk besar daging cincang
Aku enggan tahu daging apa, bimbang
Itu adalah haiwan darat bermuncung panjang
Datang pula pak cik kedua
Berbual rancak ditelefon bimbitnya
Ruang yang sedia sempit semakin terhimpit
Terdesak aku- segera masak lauk dengan kadar paling cepat
Paling bikin aku terkaku
Gadis tinggi lampai pula menghampiriku
Boleh aku masak di dapur mu
Ucapan terima kasih nya disambut beku
Akhirnya, aku ke jendela di sinki
Terlihat pemuda Laos diluar sewaktu mencuci
Melihat2 kebun kecil
yang baru berumur kurang satu purnama
Makan aku dengan penuh kenikmatan
Ayamku setengah masak tapinya
Sunday, November 6, 2011
Kilauan hijau
Pandangan pertamaku
dalam memulakan hari baru
adalah kilauan hijau
diluar jendela kamarku yang satu
Kilauan hijau dedaunan
disimbah sinaran
dipagi gemilang yang kelihatan
adalah renik2 pudar oleh si rabun
Hari baru sudah bermula
kilauan hijau adalah petanda
peluang dan harapan masih terbuka
dengan celiknya mata yang lena
untuk satu malam sebelumnya
Nyawa adalah satu juang.
Friday, November 4, 2011
Pemuda alim dg fitrahnya :)
kasihan aku melihat pemuda2
di era penuh dg hedonisme ini,
gadis2 dijadikan aset serta alat
atas nama wang dan laba,
atau atas nama kebebasan diri dan hak asasi.
sebagai seorang gadis (dg fitrah normal),
aku berasa bertuah sekali,
tak sedikit pun aku teruji,
dg gadis2 yg sengaja menjual diri,
dg segala aset dimiliki,
samada untung atau rugi,
aku tak ketahui.
tetapi, sekuntum bunga,
punya harum,
punya madu,
wangi dan manis sekali,
mana mungkin si kumbang,
bisa menahan diri,
meskipun bunga itu
adalah kaku.
* * * * * * * * * *
pemuda alim dg fitrahnya,
kealiman bisa tercabut,
hanya dengan godaan paling ringan,
kerlingan mata,
senyuman tipis,
butir2 kata biasa,
* * * * * * * * * *
ah, gadis,
begitu berkuasa penangannya,
dari itu,
letaklah dengan harga tertinggi.
pemuda2 itu lemah skali,
bahkan, gadis boleh bertukar menjadi iblis.
Subscribe to:
Posts (Atom)
