About Me

Friday, June 29, 2012

kisah2 cinta orang

Hari ini, masuk buat kerja 3 jam sahaja.
Selebihnya, pusing2 dalam KAMDAR entah berapa kali.

Mencuba juga nak dapatkan baju cantik dan murah.
Murah adalah RM20 ke bawah.
Tak jumpa dan mustahil utk dijumpai.

* * * * * * * * *
Cik Nadya kita adalah pemandu kami yang sungguh cekap.
Tapi, sedikit bengang bila dapat saman parking.
Huhu.

Cik Jana kita pula paling banyak urusan.
Beli itu, jual ini dan mcm2.

Saya, tukang ikut jer. Tunjuk arah jalan pun x tahu.

* * * * * * * * * *
Erm, x de cite pun mengenai tajuk diatas.

Saya banyak mendengar kisah2 cinta orang yg tragis dari mereka berdua &
PG geng.

* * * * ** * * * *
Reaksi saya. "No comment". Huh.

Monday, June 25, 2012

Tunang adik

Rajin pula nak menulis sekarang nih.
Baguslah.

Perlahan lahan nak menulis puisi semula.
Puisi orang susah sikit nak faham cerita sebenar
yang berlaku.
Tapi kena kerah otak nak tulis bahasa dengan bermacam
maksud.

* * * * * * * * *
Sebenarnya, tak meriah sgt pun jadi pihak sebelah lelaki.
Sehinggalah waktu tunang sebenarnya.
Sampai 12 buah kereta berkonvoi ke Kuala Selangor.
Di rumah tunang adik, masing2 basah belakang- panas.

Keadaan makin kelam kelabutlah nak buat byk mende dalam satu masa.
Sebagai kakak kepada pihak lelaki, mestilah nak tangkap gambar byk2.
Nak tangkap video jugak.
Kena tolong mak mengawal Kak Ngah yang dah separuh histeria;
tersangat seronok.

Nak buat macamana?
Tangan dua.

* * * * * * * *
Bahagian yang paling benci bila dapat soalan cepumas.
Sangat benci sampai rasa boleh nak 'cepuk' mulut2 yang tanya tuh.

Punyalah bengis bila orang2 mula berckp ttg kakak orang yang bertunang.
Mengamuk ngamuk sebenarnya hari sebelum majlis tunang tuh.
Entah apalah orang luar fikir agaknya.

Mujur, waktu majlis tu, dapat dikawal kebencian tuh.
Cuma air muka je x dapat nak sorok.

* * * * * * * *
Bila cite kat kawan hari ni; dia tanya.
"Tak malu ke mengamuk ngamuk macam tu".

Orang sedang marah samalah saja dengan orang gila.
Akal dah hilang ditukar dengan perasaan.

* * * * * * * * *
Sungguh emosional.



Wednesday, June 20, 2012

After office finish

Sebenarnya, dah tak de sape2 kat dalam bilik ni dah sekarang.
Sengaja balik lambat. Balik awal pun x de agenda lain melainkan tidur.

Ingat nak cari part time; buat kerja2 mengajar tuisyen atau pembantu kedai makan ke.
Tapi, entah bo entah tidak.
Maklumlah duduk kat rumah.
Semua pun kena mintak kebenaran pihak berkuasa dulu.

* * * * * * *
Tak pasti, stress atau cermin mata ni buat kepala ni sakit.
Kalau lelap dan buang cermin mata, hilanglah sakit kepala.
Dari hal inilah, kerjanya tidur sahaja.

* * * * * * *
Tujuannya nak merapu jer kali ni. Serabut.

* * * * * * *
Bebudak belajar sekali ni pergi tengok wayang.
Trend orang muda.
Tak delah minat sgt nak ke wayang tapi dah pergi 2x dah pun.
Beberapa kali ajak makan ke McDonald.
Itu pun trend orang muda.
Selamat lagilah tak ke sana sehingga hari ini.

* * * * * * * *
Serabutnya dengan diri sendiri. Tak juga.
Serabut sebab masih bernafas.
Biasalah tuh.
Kata2 dari orang tengah kurang bersemangat.

* * * * * * * *
Bila ye nak puasa?.

Wednesday, June 13, 2012

A legacy

Fine. I rarely talked about my father in comparison to my mother.
This is because I am a daughter.
I learn a lot more from my mother about everything especially womanhood.

Now, I would like to describe a legacy I inherit from my father.
* * * * * * * * *


Although I do not look like my father at all from physical appearance.
We share the same attitudes, without I really notice about it.

* * * * * * * * *
We argues many times since I stay at home for couple of months recently.
I rarely spend time at home with father before this, since I studied at boarding school
and my father always working out station.

* * * * * * *  * *
So, we just realised that we have something in common.
Short temper and quiet big headed.

* * * * * * * * *
But, we forgive and forget things easily afterwards.
A legacy bonded by blood.
Father & daughter.

Thursday, June 7, 2012

Garang

I dont know the right word for 'garang' in English.

For some reasons, I thinks I will be a 'garang' mother or auntie in the future.
It just unconscious act when dealing with small children.

Suddenly I am turning into this straight face & hard voice instructing them to behave.
Not like I hate children. I am trying to educate them actually.

Wednesday, June 6, 2012

Tunas api

Sudah lama benih api ini
Tertanam dan bersemadi di sanubari
Selalu sahaja dibaja dan disiram
Sehinggalah gagah tertegak di perdu dalam

Salahnya,
Benih api ini rupanya,
Adalah pokok nasib malang

Pantas,
Segalanya ku cantas,
Ranting, dahan dan batang

Salahnya,
Akar di perdu dalam,
Dibiarkan diam

Kini,
Akar itu bertunas kembali,
Hiduplah semula tunas api
Membakar setiap yang ada di sanubari,
Meninggalkan semuanya jadi arang
Menukarkan subur jadi kontang

Di mana pahlawan garang,
Dengan air sakti perang,
Hancurkan tunas api yang mula bersarang.